Tuesday, November 23, 2010

Gejala Laman Lucah Di Internet

Gambar Ihsan Dari Kosmo

Internet adalah medium perhubungan komunikasi yang popular di kalangan rakyat Malaysia dan seluruh dunia.  Namun kewujudan internet ada juga pro dan kontranya terhadap rakyat dunia terutamanya rakyat Malaysia sendiri. Kehadiran berbagai jenis laman lucah di internet telah mempengaruhi kehidupan rakyat negara ini amnya dan remaja khasnya. 

Di internet, terdapat beberapa laman lucah yang diasaskan sendiri oleh rakyat tempatan. Paling memalukan bila ada diantaranya diasaskan oleh orang melayu sendiri. Selain itu, kecanggihan alat telekomunikasi masa kini telah dijadikan medium untuk muat turun gambar dan video lucah melalui telefon bimbit. Permikiran yang masih mentah dan perasaan ingin mencuba adalah punca kenapa golongan remaja paling ramai dikesan terpengaruh dengan gejala tidak sihat ini.

Kerajaan telah menggerakkan usaha membatasi gejala ini menerusi tindakan undang-undang namun penyebaran bahan lucah masih berleluasa kerana kawalan masih lemah. Amatlah membimbangkan andai suatu hari nanti gejala ini sudah tidak boleh dibendung lagi. Dan bukanlah mustahil pada waktu itu seandainya jenayah rogol, perlakuan zina dan pembuangan bayi telah menjadi amalan hidup rakyat negara ini dan juga diseluruh dunia. Lihatlah statistik dibawah mengenai aktiviti pornography di internet.


Nota: carilah jalan ke syurga bukannya jalan ke neraka

16 comments:

kella said...

takut dengan perkara sebegini.. ni yang jadi bebudak semua suka nak tiru.. nak eksperimen! menda dah senang nak dapat...

risau je bila teringatkan kaum keluarga... rasanya nak aje biarkan takda internet! tapi susah juga, tak tahu perkembangan pula...

pokok pangkal didikan dari awal tu.. bila mereka terdidik makanya dengan sendirinya mereka tak lakukan menda2 ni semua...

selamat pagi fairul.. :)

azzey said...

Mata hati: mmg macam2 website yg sebegini skrg ni. klu anak2 kita mmg kena pantau penggunaan internet sehari2 x blh dibiarkan sgt sesuka hati mereka kannnn.....

Ain said...

kena pantau anak2 kalau nak tengok internet, bahaya betul zaman sekarang ni....

azwa amani said...

uisshhh takutnyer tgok sttistik mcm nie....adakah statistik ini kan bertambah ???..errmmm,, risau plak

Lydia Miza said...

Salam Mata Hati..Ramai orang melayu terutama remaja ketagihan benda2 lucah macam ni..sebabtu hati jadi hitam.Sedih !!

Unknown said...

kella - pemantauan ibubapa amat lah perlu sebagai langkah awal pencegahan.

tapi remaja zaman sekarang bijak berlakon. depan ibubapa menjadi anak yang soleh solehah tapi terlepas jer dari pandangan ibubapa, mula lah tunjukkan belang sebenar.

walaupun kerajaan berjaya menyekat semua laman lucah, mereka akan cari alternatif lain untuk mendapatkan benna ini demi kepuasan nafsu yang tak terkawal

Unknown said...

azzey - seeloknya hanya membenarkan penggunaan internet hanya tika kita berada dirumah.

cara terbaik gunakan perisian internet security yang mempunyai parental control. at least dapat menyekat website yg tak di ingini

Unknown said...

Ain - untuk membuat pemantauan 24 jam mungkin tidak kerana masa untuk kita bersama anak2 dirumah terlalu sedikit.

sebaiknya sejak dari kecil lagi terapkan ajaran agama dalam diri anak2 agar mereka mempunyai pendinding yang kukuh utk menghalang dari terjebak ke arah perkara yg memudaratkan ini

Unknown said...

azwa_amani - statistik yang dilakukan ini beleum menyeluruh. lebih tertumpu kepada pengguna internet di amerika.

angka sebenar mungkin lebih besar dan meningkat dari setahun ke setahun kerana oenyebaran lama lucah semakin tak terkawal. tak dapat di internet, telefon bimbit digunakan.

Unknown said...

sis LM - orang melayu adalah golongan yang mudah terpengaruh. lihat saja persekitaran sekarang, apa yng kaum lain buat, org melayu pun nak tiru. bukan saja rakyat tapi pemimpin pun terikut-ikut budaya dari luar. kepimpinan yang lemah adalah penyumbang kepada merebaknya gejala sosial.

satu perkara tentang laman lucah, niat permulaannya pastiah mencari pengalaman tapi lama=kelamaan akan menjadi ketagih hingga sukar nak dibendung. kerana itu dalam tv ataupun newspaper banyak menyiarkan berita tentang keruntuhan akhlak remaja dan golongan dewasa. pembuangan anak, jenayah rogol dan perbuatan zina sudah menjadi menu tetap dalam media setiap hari.

apekinahdotcom said...
This comment has been removed by the author.
apekinahdotcom said...

mmg btul 2.. stju dgn pndpt Mata Hati 2.. skrg nie gejala2 mcm ni sptutnye dibendung.. kita xblh la nk mengharpkan satu phak je yg ambil tndakan, septutnya kita brsama2 bersatu untuk membanteras gejala nie demi masa depan genersai kita..... :)

sekadar satu coretan said...

nk pantau anak 24 jam..boleh ker...
tapi kene cube mane yg boleh...nk gune masa ibubapa ade dirumah..tidak sewenang2nye nak bukak internet ni...

semakin takut bile nengok statistik ni..anak2 remaja sekarang ni mudah terjebak...lagi kalau benda2 yg dilarang...

Unknown said...

kinah- gejala ni sudah semakin tak terbendung. gaya hidup moden telah meracun fikiran muda mudi dan jugak makbapak. kerjasama dari semua pihak adalah perlu. tidak boleh bergantung kpd pihak berkuasa semata-mata. pencegahan awal dari rumah adalah keutamaan. bak kata pepatah,, melentur bulu biarlah dari rebungnya

Unknown said...

kak ainnoraini - nak buat pemantuan 24 jam memang diluar kemampuan kita. sebaiknya sejak dari kcil kita sudah terapkan ajaran agama dalam diri anak2. bagi tahu mereka tentang baik dan buruk, dosa dan pahala.

zaman sekarang, yang terlarang itu lah godaan. semakin dilarang semakin ingin mencuba

Anonymous said...

E2 lah bebudak skrg...terlebih advance...lbh2 lg zmn internet semua advance...Saya paling risau dgn anak2 yg br nak mengenal dunia tapi mengenal bnda lucah dulu.......sepatutnyer kerajaan kn cari jln utk mengatasinya..Riso lak sy anak2 ku anak2 dara lak... :)