Nak bercerita sikit pasal tajuk entry ni. Terlebih dulu aku mintak maaf kalau cerita aku ni tak mengikut tertib sebab aku bukanlah seorang yang pandai menulis cerita. Memang munasabah karangan bahasa melayu aku tak score tinggi. Tapi kalau menulis berkaitan sejarah ataupun madah-madah cinta memang aku mahir sangat. Hahaha.. Tapi aku bukanlah buaya tembaga, dan jugak bukan pecinta wanita. Aku cuma lelaki biasa yang tak pernah merancang hala tuju.
Ok, berbalik kepada tujuan asal. Ni cerita pasal sepupu wife aku.. err, wife sepupu aku. Mana satu yang betul ekk? Diorang dah ada 4 orang anak yang comel-comel belaka. Yang bongsu baru berusia dalam 10 bulan. 2 hari lepas waktu subuh, wife dia mengadu sakit perut yang teramat sangat. Selepas meminta tolong adiknya datang ke rumah menjaga anak-anak yang masih tidur, sepupu aku terus hantar wife ke hospital.
Pada mulanya doktor mengesyaki wife dia ada ketumbuhan. Tapi setelah dilakukan pemeriksaan sekali lagi oleh doktor pakar, barulah diketahui puncanya. Actually wife dia dah pregnant 7 bulan. Tiada sesiapa yang tahu pasal hal ini termasuk sepupu aku dan tuan punya badan. Lagipun tak nampak langsung perubahan pada wife dia. Kalau 2-3 bulan tu biasalah, tapi dah masuk 7 bulan memang pertama kali aku dengar.
Terus jer dimasukkan ke dalam bilik bedah memandangkan nyawa wife dia dalam keadaan terancam. Mengikut kata doktor, anak dalam kandungan itu dah mati dalam tempoh yang agak lama. Satu lagi, uri baby hancur berkecai terus. Aku yang dengar pun terasa ngeri. Dalam pukul 9.30 pagi, jenazah selamat dikebumikan sementara wife dia masih ditahan di wad kerana kehilangan terlalu banyak darah. Jadi kepada isteri-isteri diluar sana, kalau terasa tak sihat atau apa-apa yang tak kena dengan diri, segeralah dapatkan pemeriksaan doktor. Bimbang terjadi kes serupa macam ni.
19 comments:
nak komen skit la...
ada gak member2 yg da kawen. pastuh pregnant, x nak scan, alasan-nak suprise!tuh la, kdg2 kita x tau yg didalam tuh.
naseb baik ibu dia x da apa2..
tu org ckp pas bersalin kena berjg2 la..anak kecik lg kan..mgkin wife sepupu x sedar preknen sbb full breast feed..
ramai yg x sedia utk preknen lg sbb anak kecik..tp bila "bersama" tu beringat la sikit..
laaa...siannya..bukan rezeki die.. insya Allah di sana, baby dah menunggu..
p/s : wonder gak camne die leh tak sedar eh?full breastfeeding perhaps?
tanpa sedar rupanya dah ada bby dalam perut yer..risau gak kalau jadi cam tu..minta dijauhkan la..
uihh..bahaya betul..tanpa disedari..moga2 ur cousin's wife cepat sembuh.. =)
mcm mane dh bleh 7 buln tak sedar ek..bhyalh mintk jauhla
full bf kan takde period..lgpun baby dia baru 10 bulan...agak baru jugak la dia bersalin...perut buncit kesan mengandung ari tu belum surut kot...sbb tu tak perasan
waduh2 takutnyer.. harap2 mak dia selamat...
memang bahaya la...hope x apa-apa la...
SMS - x kisah kalau x nak scan asalkan selalu buat rutin checkup ibu pregnant kat hospital
idah @mama izzya - aahh..full breast feed. easanya dia pun x sangka kot sbb anak kecik lagi
maya amir - yup..full breastfeeding. entahlah, maybe sbb tubuh dia kurus kot, sbb tu x nampak perubahan apa2
Sricahaya - selalulah buat pemeriksaan kalau rasa ada apa2 yg x kena
fatin - amin..
innalillah...
semoga wife sepupu awak cepat sembuh...
WNH - tu lah yg menghairankan. kata sepupu, x der pulak nampak wife dia muntah-muntah, alahan, mengidam apa2.
Nafisa81 - kemungkinan mcm tulah..
mama_izz - dah ok cuma masih kena tahan kat wad utk perhatian rapi
kak Lynn - betul2 bahaya sampai doktor caka kalau lambat sikit hantar ke hospital, 2-2 nyawa melayang, mak sekali dgn baby
sz | m.s.s - sekarang dah ok cuma masih ditahan kat wad
untungnya kalau baby tur ade coz tak perlu nk melalui morning sickness atau alahan2 lain...tup2 dh 7 bln.tp saya pun turut simpati dgn keadaan sepupu mata hati tur..smoga dia sabar menghadapi ujian allah dan semoga cepat sembuh.
ok owww... takut pula kan?
dah 7 bulan tapi tak perasan tu? hmmm dugaan Allah.. setiap manusia ada dugaan masing2.. moga dia tabah menghadapinya!
simply nana - erm...actually saya baru tahu apa makna morning sickness tu :)
kella - dugaan. tak per, baby tu sedang menanti mak ayahnya di syurga
seram sejuk terus rasa, al-fatihah buat baby. harap2 sepupu u tu bersabar. Baby tunggu di akhirat.
CiKaYu - :)
Post a Comment