Thursday, November 25, 2010

Masih Remaja, Dah Jadi Ibu Ayam

Apa nak jadi ah dengan anak gadis zaman sekarang. Semakin hari semakin rosak akhlak, semakin teruk perangai. Sebelum ini kita dah biasa mendengar kisah remaja perempuan menjadi bohsia, minah rempit, GRO, pelacur dan perempuan simpanan. Tapi kini remaja perempuan semakin ekstrem. Bukan lagi menerima upah, tapi dah menjadi taukeh. Kalau taukeh kedai tu apa orang nak hairankan, tapi ini taukeh jual ayam. 

'Apa kena dengan lu ni, brader. Awek jual ayam kat pasar pun nak kecoh'
'Mangkuk hayung kau. Yang ni bukan jual ayam kat pasar. Yang ni jadi ibu ayam lah.'

Baru berusia awal 20an dah jadi ibu ayam. Sasarannya pula pelajar sekolah. Pelajar sekolah baru berapa usianya, bawah 17 tahun. Kalau seusia belasan ini sudah pandai menjual body, tak hairan lah nanti makin banyak terjadi kes pembuangan bayi. Lihatlah bertapa kritikalnya perangai remaja zaman sekarang. 

Mungkin ada yang akan berkata, 'Ek eleh.. itu kes terpencil'. Memanglah, tapi yang terpencil ini lah  mampu merebak dengan cepat. Blogger sekalian, silalah perhatikan selalu tingkah laku anak anda, adik, kakak dan saudara rapat anda. Biarlah mereka rasa sedikit terkongkong dengan tindakan kita asalkan mereka tak terjebak dengan kegiatan tak bermoral ini.

Ibu ayam muda kena penjara



SITI NORMASLINDA (kiri) dan Roslina dijatuhi
hukuman penjara oleh Mahkamah Sesyen
Melaka semalam
MELAKA – Akibat melacurkan pelajar sekolah, dua ibu ayam muda menerima balasan apabila masing-masing dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap Siti Normaslinda Mohamad Masrol, 22, dan Roslina Md. Snor, 23, selepas meneliti semua fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latiff.
Kedua-dua tertuduh dijatuhi hukuman selepas Normaslinda dan Roslina membuat pengakuan bersalah terhadap dua pertuduhan untuk sebutan kes kali kedua.
Sumber: Kosmo!

14 comments:

azwa amani said...

eiyyyyyyyy..x puas ati betul dgn manusia jenis macam ni...eiy..xde keje dah ke kat malaysia ni sampai nak jual daging sedare sendiri...eiyy...

kan bagus kalau Malaysia ni jalankan hukum hudud...tapi bila pemeritah sendiri cakap

"kalau jalankan hukum hudud, tunggang langgan negara dibuatnyerr "..patutkah ????

eiyy,...awak tu sape...menteri je kot...bukan TUhan..sebb tu malaysia makin teruk..

semoga kita semua ni, sentiasa dalam lindungan yg maha kuasa..aminnn

Sharinginfoz said...

macam2 diaorang buat nak kaya punya pasal kan

AnneRaini said...

sebab body tak mantap dan muke tak boleh jual..mampu jual orang jela nak dpt duit segera...kan?kan?

Aishot said...

sebab duit dieorg sanggup buat bende yg terkutuk tu

isabelle said...

wah wah wah...
kemain lg muda2 nak buat duit byk.
hampeh punya betina,

CiKaYu said...

nauzubillah, mcm2 masalah sosial skrg ni....iman dah nipis..

Unknown said...

azawa_amani - pemerintah cakap hukum hudud dah expired date. sedangkan hakikatnya diorang takut dgn hukum hudud.

sebab kelemahan sistem undang-undang menyebabkan semakin banyak berlakunya keruntuhan akhlak dan moral

Unknown said...

Sharinginfoz - nak cari jalan mudah utk kaya, tapi diaorang lupa jalan ke neraka semakin terbuka luas

AnneRaini - dah tahu diri tak cantik, buat pulak kerja terkutuk ni..lagi lah hodoh jadinya. duit dari jalan yang salah takkan berada lama dlm tangan.. sekejap jer dah lesap

Unknown said...

Cik Gallus Gallus - duit tu tak ke mana pun.. kerana duit lah diaorang disumbat dlm lokap

isabelle - ni kes nak jadi jutawan segera. nak berniaga barang susah nak laku sbb banyak persaingan. ambil jalan mudah, berniaga orang lah pulak. tak perlu modal, kaut untung jer :)

Unknown said...

CiKaYu - iman senipis kertas tisu, sekali angin bertiup, jauh melayang ntah ke mana

Lydia Miza said...

Salam..
Saya suka blog awak la
Jom jenguk ni.
http://miza-zairi.blogspot.com/2010/11/saya-suka-blog-awak-la.html

Unknown said...

nanti sya jenguk

ayu said...

eeee...hampeh tul la pmpuan cmnie..
xde ksdrn sivik lgsg..
mongok btul la..
kalah iblis..setan..hantu..jembalang

Unknown said...

memang hamperh pun. nak cepat kaya sampai snaggup buat kerja terkutuk