Akhirnya setelah berbulan-bulan asyik melihat melalui gambar model Proton Inspira, secara rasminya Proton Inspira dilancarkan hari ini di Proton's Centre of Excellence. Ramai peminat kereta menunggu detik ini untuk melihat sendiri secara langsung kelibat Inspira dipusat2 jualan Proton diserata negeri. Kenapa diberi nama Inspira? Mungkin nama ini adalah singkatan kepada 'inspirasi' yang membawa makna model ini mendapat inspirasi dari Mitsubishi Lancer.
Sedikit keunikan yang dapat dilihat pada Proton Inspira ini adalah reka bentuk depan yang berbentuk 'V' bertentangan dengan bentu trapesium grill 'jet pejuang' pada model keluaran Mitsubishi. perubahan yang dilakukan oleh Proton ini mungkin untuk lari dari imej lancer yang dilihat terlalu agresif. Bumper belakang juga menampilkan sedikit kelainan apabila bahagian tertentu dicat warna hitam, berlawanan dengan Lancer.
Seperti Lancer EX, inspira juga menggunakan roda 16 inci dengan 205/60 getah. Design dalaman terutamanya pada dashboard tidak banyak perubahan dilakukan dan boleh dikatakan mirip dengan lancer kecuali logo Mitsubishi pada stering digantikan dengan logo Proton. Rasanya adalah lebih kalau logo tersebut dipandankan dengan warna asal yang terdapat pada logo rasmi Proton. Sekurang-kurangnya gaya mewah itu terserlah.
Harga Semenanjung Malaysia
- Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
- Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
- Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999
Harga Sabah/Sarawak
- Proton Inspira 1.8 M/T – RM80,999
- Proton Inspira 1.8 CVT – RM86,999
- Proton Inspira 2.0 CVT – RM93,999
Harga Langkawi
- Proton Inspira 1.8 M/T – RM71,999
- Proton Inspira 1.8 CVT – RM75,999
- Proton Inspira 2.0 CVT – RM82,999
Untuk entry ini, kredit diberikan kepada website paultan. Kunjungi website ini untuk mendapat lebih banyak info berkaitan dunia permotoran
Klik pada gambar untuk melihat saiz lebih besar
Sebarang maklumat lanjut, bolehlah menerjah laman web protoninspira.com atau kunjungi pusat jualan Proton berdekatan.
19 comments:
wow, cantiknye proton inspira ni..bestnye kt Langkawi lagi murah..
aah..smart!j0m2 p bli kat langkawi..hehe..cam ada wit je=)
nak beli kete kena pi langkawi ke?adoiyai
memang cun..tambah2 yg merah tu hehe
mcm Mitsubishi laa kete nie... mmg cantekk laa... saper yg dh berkenan tu cpt2 laa rembat hehe..
cantikk..ade mcm lancer skit ek...ermm.ape2 amani ske kete gen2 kaler putih...yuhuuuu...akanku milikimu...
sweetsal, po0h,idAti mALek - best ek kalau duk kat langkawi. boleh dapat harga murah
nuriz - merah itukan menawan
deqlis - mmg rekabentuk asal dari model Lancer
azwa-amani - kalau beli nanti, boleh saya tumpang ekk..hehehe
wah memang lawa ar inspira ni..
Jom join contest teka dan menang RM 20
smart la..hehe
esok jom pi lihat kerata ni kat pusat jualan Proton
apa lagi, sesuai sgt kat awak tu...mmg cantik sesangat la..suke caler merah...nnpk smart sgt...
kena pergi lihat secara live dulu esok..baru leh pertimbangkan..hee
blh tahan gak...dh mcm lencer pule ku tngk.. >_<
mmg based pada lancer pun..haha
mr. hubby kak lynn ckp proton inspira nie cantik...
ciklinn pergi tgok semalam.. lawoo.. tpai duit taraks... hahaha
lawa mmg lawa. tapi segala plan membeli aset kena bekukan jap. kena tunggu dulu updates psl sambung study.
Smart giler. Memang plan nak ambik satu. Tunggu nak bayar booking fee je ni huhu..
best ekk dah ada peluang nak beli kereta ni
Post a Comment