Wednesday, November 10, 2010

Proton Inspira - Dilancarkan Hari Ini


Akhirnya setelah berbulan-bulan asyik melihat melalui gambar model Proton Inspira, secara rasminya Proton Inspira dilancarkan hari ini di Proton's Centre of Excellence. Ramai peminat kereta menunggu detik ini untuk melihat sendiri secara langsung kelibat Inspira dipusat2 jualan Proton diserata negeri. Kenapa diberi nama Inspira? Mungkin nama ini adalah singkatan kepada 'inspirasi' yang membawa makna model ini mendapat inspirasi dari Mitsubishi Lancer. 


Sedikit keunikan yang dapat dilihat pada Proton Inspira ini adalah reka bentuk depan yang berbentuk 'V' bertentangan dengan bentu trapesium grill 'jet pejuang' pada model keluaran Mitsubishi. perubahan yang dilakukan oleh Proton ini mungkin untuk lari dari imej lancer yang dilihat terlalu agresif. Bumper belakang juga menampilkan sedikit kelainan apabila bahagian tertentu dicat warna hitam, berlawanan dengan Lancer.


Seperti Lancer EX, inspira juga menggunakan roda 16 inci dengan 205/60 getah. Design dalaman terutamanya pada dashboard tidak banyak perubahan dilakukan dan boleh dikatakan mirip dengan lancer kecuali logo Mitsubishi pada stering digantikan dengan logo Proton. Rasanya adalah lebih kalau logo tersebut dipandankan dengan warna asal yang terdapat pada logo rasmi Proton. Sekurang-kurangnya gaya mewah itu terserlah.


Harga Semenanjung Malaysia
  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999
Harga Sabah/Sarawak
  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM80,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM86,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM93,999
Harga Langkawi
  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM71,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM75,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM82,999
Untuk entry ini, kredit diberikan kepada website paultanKunjungi website ini untuk mendapat lebih banyak info berkaitan dunia permotoran

Klik pada gambar untuk melihat saiz lebih besar

Sebarang maklumat lanjut, bolehlah menerjah laman web protoninspira.com atau kunjungi pusat jualan Proton berdekatan. 

19 comments:

sweetsal said...

wow, cantiknye proton inspira ni..bestnye kt Langkawi lagi murah..

po0h... said...

aah..smart!j0m2 p bli kat langkawi..hehe..cam ada wit je=)

Nurul said...

nak beli kete kena pi langkawi ke?adoiyai

nuriz said...

memang cun..tambah2 yg merah tu hehe

deqlis said...

mcm Mitsubishi laa kete nie... mmg cantekk laa... saper yg dh berkenan tu cpt2 laa rembat hehe..

azwa amani said...

cantikk..ade mcm lancer skit ek...ermm.ape2 amani ske kete gen2 kaler putih...yuhuuuu...akanku milikimu...

Unknown said...

sweetsal, po0h,idAti mALek - best ek kalau duk kat langkawi. boleh dapat harga murah

nuriz - merah itukan menawan

deqlis - mmg rekabentuk asal dari model Lancer

azwa-amani - kalau beli nanti, boleh saya tumpang ekk..hehehe

Faisal said...

wah memang lawa ar inspira ni..


Jom join contest teka dan menang RM 20

CIK TOM said...

smart la..hehe

Unknown said...

esok jom pi lihat kerata ni kat pusat jualan Proton

sekadar satu coretan said...

apa lagi, sesuai sgt kat awak tu...mmg cantik sesangat la..suke caler merah...nnpk smart sgt...

Unknown said...

kena pergi lihat secara live dulu esok..baru leh pertimbangkan..hee

Usy@M^^ said...

blh tahan gak...dh mcm lencer pule ku tngk.. >_<

Unknown said...

mmg based pada lancer pun..haha

LyNn HaMzAh said...

mr. hubby kak lynn ckp proton inspira nie cantik...

Ciklinn said...

ciklinn pergi tgok semalam.. lawoo.. tpai duit taraks... hahaha

isabelle said...

lawa mmg lawa. tapi segala plan membeli aset kena bekukan jap. kena tunggu dulu updates psl sambung study.

Faizal n Fashitah said...

Smart giler. Memang plan nak ambik satu. Tunggu nak bayar booking fee je ni huhu..

Unknown said...

best ekk dah ada peluang nak beli kereta ni