Wednesday, November 24, 2010

Raise Your Hand - Hentikan Penderaan Kanak-Kanak

Did you know that an average of 7 children in Malaysia suffered abuse every day in 2008, and these were only the reported cases? Many more experience abuse in silence and behind closed doors. Like all children, they too have a right to a happy childhood, free of abuse. Abuse robs a child of their health, development and dignity. It can also leave invisible scars on children, their families and society that last lifetimes, if not generations.

Kes penderaan kanak-kanak dilaporkan semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Statistik kes penderaan kanak-kanak ketika ini cukup menyedihkan apabila sebanyak 10,758 kes dilaporkan kepada pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak empat tahun lalu. Dipercayai masih banyak lagi kes penderaan kanak-kanak yang tidak dilaporkan.

Awal tahun ni pada 27 Februari 2010, kita dikejutkan dengan berita kematian adik Syafia Humairah akibat penderaan oleh teman lelaki ibunya dipadang bola. Anak kecil berusia 3 tahun ini dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan. Genap seminggu kemudian kita dikejutkan pula dengan satu lagi kes penderaan yang meragut nyawa seorang kanak-kanak yang lebih muda, berusia setahun enam bulan.

Kanak-kanak malang itu, K. Hareswarral mengalami kecederaan serius - enam tulang rusuknya patah, hatinya pula hancur, kepalanya terdapat kesan cedera parah akibat dipukul manakala kemaluannya pula dicekak dengan kuat berdasarkan penemuan kesan-kesan kuku. Kedua-dua kes malang ini membayangkan betapa manusia berupaya bertindak sebegitu kejam terhadap kanak-kanak kecil yang fitrahnya terlalu lemah berbanding orang dewasa.
  1. Mahukah kita terus melihat kes penderaan kanak-kanak ni berleluasa?
  2. Masihkah kita hanya sekadar memadang sebelah mata kes penderaan kanak-kanak ini?
  3. Cubalah fikirkan sekiranya ditakdirkan suatu masa nanti penderaan ini berlaku dikalangan ahli keluarga kita. Masihkah kita mahu berdiam diri?
Marilah kita mengatur langkah membanteras kes penderaan kanak-kanak ini. UNICEF telah melancarkan kempen 'Get On Board - Stop Child Abuse' dalam misi untuk mendapatkan 100,000 tandatangan daripada rakyat Malaysia. Usaha murni ini dijalankan untuk melindungi kanak-kanak dari penderaan. Marilah kita bersama-sama mengatur langkah kerana kempen ini takkan berjaya tanpa sokongan dari kita, rakyat Malaysia. Kes penderaan kanak-kanak harus dihentikan segera. Klik banner dibawah sebagai tanda sokongan kita kepada kempen ini

6 comments:

Qaseh Dalia said...

salam :)
hurmm nape lah kanak2 sentiasa jd mangsa tambah2 lagi baby g xtau pape..mane tah nilai manusia..benci betol!!!!!

kella said...

yeah! orait! nak klik, tapi gambar tak keluar pun ni! takpe sat sat lagi boleh klik...

hmm.. manusia sekarang ni semakin hilang pertimbangan.. semakin hilang nilai2 kemanusiaan..

kanak2 yang tak berdosa menjadi mangsa!

Siti Safiyyah said...

dah klik!
kita patut sebarkan pasal kempen ni.ramai2 patut buat entry macam ni. =)

azwa amani said...

suke sgt entry ni..

kes yg paling menghayat hati
A)nurin jazilin-didera, dirogol, dan dibunuh dan disumbat dalam beg..sadisss

b) aaliyah-dibunuh, diliwat oleh kekasih ibunya, seorg awang hitam (negro)..bila dibicarakan, kedua2 manusia yg xde hati perut ni leh lagi senyum...adehhh..dunia semakin kejam...

Unknown said...

Qaseh dalia adelia - sbb sikap manusia sekarang dah kembali kpd zaman jahiliah

kella - iut..tak kuar gambar ke. tak per tunggu sedikit masa lagi, keluar lah tu. saya dah check, tak der problem apa2 just maybe line kot.. :)

Unknown said...

azwa_amani - sbb tu saya tak sanggup nak lihat gambar mangsa kejiad. tak sampai hati nak tengok. apalagi bila membayangkan cara dia diseksa sehingga mati. please stop child abuse