Hari ni sudah masuk hari ke tiga Hari Raya Aidiladha 1431H. Alhamdulillah, cuaca kali ini amat baik. Sana sini dipenuhi dengan aktiviti korban sampaikan dalam peti sejuk dah penuh dengan daging korban. Di tepi surau kampung aku, 30 ekor lembu tumbang menyembah bumi pada hari raya kali ni. Sekali tengok macam satu pesta bila ramai orang dari kampung bersebelahan datang sama2 hulurkan tenaga menjayakan aktiviti korban ini.
Dah 2 hari blog ni tak ter-update. 2 hari lepas cuma sempat jenguk sekejap jer. Kelmarin dah lepas maghrib sempat bukak sekejap. Lepas tu terus balik ke rumah family sebab hari ini ada program membakar satay. Dari tengah malam aku sibuk mencucuk ayam ke lidi. Ramai lah jugak sedara mara datang nak makan satay ni. Diaorang ni kalau tolong datang bakar satay ok jugak. Tak lah aku terkejar-kejar masa nak update blog ni. Siang hari ni tak sempat lagi nak ziarah blog kawan2. Tengok lah malam nanti kalau dah free. Tak sabar nak baca cerita hari raya korang. Korang yang tinggal berdekatan tu jemput lah datang ke rumah makan satay..huhuhu. Ada blogger tanya kenapa tuan blog jarang tampalkan gambarnya kat sini? Errr.. tuan blog ni jenis low profile, tak nak glamour. Kat bawah sana ada gambar tuan blog. Tak comel, tak hensem bergaya.. Baik jangan tengok. Nanti bermimpi ngeri pulak..
Aku cuba check degupan jantung sendiri. Masih berdegup-degup, tandanya aku masih bernyawa. Hahaha.. 2 dara pinggitan dalam gambar kat sebelah tu adik aku. Depan pintu masuk pun sempat lagi bergambar. Aku lah yang jadi mangsa kena ambil gambar diaorang
Kerengga pun ada hati nak tumpang bergambar sama. Ehh! korang tahu tak kat sebelah kanan tu pokok apa? Nak kata pokok bunga, nampak tebal jer kelopak tu. Takkan raflesia kot...
Petang hari raya tu, sempat lah pergi ziarah Tok Wan kat hospital. Minggu depan baru operate. Rasa malu pulak bila time aku nak balik tuh, Tok Wan cium pipi aku bukan main lama. Sengaja nak dera aku sebab jarang-jarang sekali aku pergi melawat dia. Sampai tersengih-sengih nurse yang lalu lalang kat situ. Dah besar2 macam ni pun kena cium lagi.
Kay ah...blur nak story pasal apa lagi. Cuci jer lah mata dengan gambar-gambar kat bawah. Semua tu diambil masa hari raya pertama. Sebelum tu nak pesan sikit, 'jangan makang daging banyok sangat, kekgi sakit paler' :-p
Kay ah...blur nak story pasal apa lagi. Cuci jer lah mata dengan gambar-gambar kat bawah. Semua tu diambil masa hari raya pertama. Sebelum tu nak pesan sikit, 'jangan makang daging banyok sangat, kekgi sakit paler' :-p
7 comments:
selamat hari raya
selamat selamat
selamat hali laya ;D
Salam Aidil Adha..
untk tokwan awak, syafakallah.. :)
maCy - selamat jugak dari saya
Mujahadah - terima kasih
haha! bgus tok wan! cium smpi lebam sket! spe suh xmelawat! ;P
nak buat mcm mana. cucunya ini selalu sibuk.. hehehe
Post a Comment