Sebelum ni dah ramai blogger sudi berkongsi apa tips berkaitan trafic. Cuma disini aku nak tambah sedikit lagi tips agar dapat membantu korang menaikkan traffic dengan lebih cepat.
Korang sure dah tahu salah satu cara menaikkan trafic adalah melaui blogwalking. Bagi blog-blog yang belum mencapai tahap UV (unique visitor) yang boleh dianggap selesa, selagi itulah perlunya menjelajah dari satu blog ke satu blog yang lain. Lainlah kalau blog dah mempunyai ramai pengunjung tetap setiap hari dan keadaan traffic maintain jer setiap masa. Boleh jadi juga kalau korang ni selebriti atau tokoh terkenal seperti Datuk Siti atau mantan PM Tun Dr. Mahathir, confirm buat satu entry jer beribu-ribu datang terjah blog korang. Tak perlu susah payah nak blogwalking untuk meningkatkan traffic.
Blogger yang mempunyai akaun Nuffnang, boleh lihat sendiri perbezaan UV bila blog berupdate dan tak berupdate. Ketara perbezaannya kan. Tapi walaupun tanpa sebarang entry terbaru, korang masih boleh meningkatkan traffic melalui blogwalking. Korang tahu tak waktu terbaik untuk melakukan blogwalking? 'Waktu pagi cikgu'. Ya betul waktu pagi adalah waktu yang sesuai untuk sesi terjah blog tapi ada lagi waktu yang lebih sesuai untuk korang blogwalking iaitu sekitar pukul 12 t/malam hingga pukul 1 pagi. Satu jam jer yang perlu diperuntukkan untuk blogwalking tapi hasilnya sangat ketara. Bagi aku ini adalah waktu emas. Kenapa, tak percaya ke?
Ini bukanlah coretan kosong. Ramai yang mengakui keberkesanan blogwalking pada waktu ini. Korang tahu tak? Mestilah tak tahu kan sebab aku belum bagitau apa-apa lagi..huhuhu. Dalam tempoh satu jam sekitar pukul 12 t/malam hingga pagi, aku berjaya mengumpul hampir 70 UV dengan hanya melakukan blogwalking ke 50 blog. Tinggikan bagi blog yang traffic nya terumbang ambing macam blog aku ni. Cubalah buat, pasti korang boleh lihat hasilnya dengan ketara.Tapi sempat ke nak terjah 50 blog dalam masa sejam? Sempat, sempat sangat kalau korang ikut cara aku ni.
- Sekitar pukul 11 lebih, aku akan buka Google Chrome. Lepas tu bukak satu lagi new windows Google Chrome.
- Setiap windows aku akan buka 25 blog. Kalau 2 windows dah jadi 50 blog. Betul tak? Aku ni lemah sikit matematik tambahan. Selalunya aku akan buka blog yang mempunyai ramai pengunjung.
- Dekat kotak jerit pada setiap blog, aku dah siap taip kata-kata selamat malam ke, salam ziarah ke atau apa saja kata-kata yang sesuai
- Stop!! jangan tekan shout dulu. Aku akan tunggu pukul 12 lebih barulah tekan butang shout kat semua kotak jerit disetiap bog.
Adesss!! sakit perut lah pulak. Asal makan lewat malam jer, mesti nak kena cari tandas. Asal makan pedas sikit mesti perut memulas. Kay, aku quit dulu. Kan tak pasal-pasal tertumpah air kuning dalam bilik aku ni. Huhuhu...
13 comments:
blogwalking memang bagus gak
wahh LM dah lena time tu la..huhu
thanks info
blogwalking mmg bagus tp kdg2 x sempat nak bt..sbbnyer berblog time opis hour ajer..
mmg beza kalao sehari xBW..
huhu
Mari Berbicara Hati Ke Hati :
New Entry : My Farewell Message
dah lama tak BW..
blogwalking mmmg berkesan,, tp x tw plak yg pukul 12 tue
Thank's good info...maklumlah sy pun br dlm dunia blog nie...bkn ada byk ms sesgt...tp blh stay-up lah cam tak biasa time study2 dulu...hehehe... :)
Sharinginfoz - yup, selain tingkatkan traffic, dapat lihat pelbagai blog yg menarik
sis LM - sambung blogging dlm mimpi pulak.. hehehe :)
idah @mama izzya - sama-sama
aYu - jauh sgt petbezaannya... :)
Azman Roslan - ada masa boleh lah buat..
aima in luv - nanti cuba buat utk lihat hasilnya
Iena farina - :)
Suka terjah dan baca sebab setiap blog idea yang berlainan dapat lah ilmu yang berlainan...TQ for INFO
zmah - sama-sama
saya dulu suka gak blogwalkin tapi lepas byk auto blogwalking ni sy jadi tawar hati..huhu
salam. wah. gitu caranya ya !!. kalau macam tu, meh la pakat2 blogwalking ke blog saya. hahaha
.
https://admin-whatsapp.blogspot.my/
.
Post a Comment