Tuesday, November 23, 2010

Azman Roslan - Blog Pilihan Malaysia 2010

Saudara Azman Roslan telah mengerakkan usaha menganjurkan Blog Pilihan Malaysia 2010. Pertandingan ini bertujuan untuk memilih blog paling popular sepanjang tahun 2010 ini.

Sebanyak 6 kategori telah diperkenalkan iaitu...
  1. Blog Personal Lelaki Pilihan BPLP - blog yang dimiliki oleh lelaki bujang.
  2. Blog Personal Suami Pilihan BPSL - blog yang dimiliki oleh lelaki yang sudah berkahwin.
  3. Blog Personal Wanita Pilihan BPWP - blog yang dimiliki oleh wanita bujang.
  4. Blog Personal Isteri Pilihan BPIP - blog yang dimiliki oleh wanita yang sudah berkahwin.
  5. Blog Tutorial Pilihan BTP - blog yang memaparkan pasal tutorial blog, masakan, software dan juga gadjet sahaja.
  6. Blog Lawak Pilihan BLP - blog yang memaparkan tulisan, video, gambar yang lawak sahaja.


Syarat Penyertaan 
  1. Terbuka kepada semua blogger di Malaysia. 
  2. Apa saja domain yang digunakan sama ada dot com atau blogspot dot com layak menyertai pertandingan ini. 
  3. Seseorang tidak boleh menyenaraikan blognya sendiri. Hanya senaraikan blog yang difikirkan sesuai untuk berada dalam kategori yang munasabah. 
  4. Seseorang blogger masih berpeluang untuk turut serta. Caranya adalah melalui pencalonan yang dihantar oleh blogger lain.
  5. Tarikh tutup penyertaan adalah pada hari Khamis, 25 November 2010, jam 10:00 malam.

Klik banner dibawah untuk pergi ke halaman percalonan

1 comment: