Saturday, November 27, 2010

Pentingkah Komen?

Kerana apa korang menulis coretan? 
Kerana minat ataupun kerana dambakan komen dari pembaca? 
Sekiranya  tiada sebarang komen diterima, rasa kecewa tak?

Aku terjumpa seorang blogger baru yang mengadu tiada sesiapa nak berikan komen dekat blog dia. Kesian, penat-penat dia tulis tiada orang nak beri komen. Sabarlah.. Bukan semua coretan kita orang akan baca melainkan kita menulis sesuatu yang menarik. Sebelum kita mengharapkan orang memberi komen kepada coretan kita, terlebih dahulu kita kena rajin-rajinkan diri meninggalkan komen dekat blog orang lain. Bagi aku, menulis blog ni seperti berniaga kuih raya. Kalau mahu orang membeli kuih raya kita, terlebih dahulu kenalah korbankan sikit kuih tu bagi orang rasa sedap atau tak. Kalau sedap, orang takkan teragak-agak untuk order selalu kuih tu setiap tahun. (Itupun kalau harga kuih sentiasa berpatutan.. :-p)

Ni kes lebih parah yang aku jumpa tahun lepas. Adalah seorang bloger ni dah naik hangin bila berbulan-bulan menulis blog, komen yang diterima cuma 3-4 ketul jer. Sampai satu tahap, dia merajuk dan tutup terus blog itu. Adoii lah, aku pun tak tahu apa tujuan sebenar dia menulis blog. Kalau menulis bukan kerana minat, confirm takkan bertahan lama dalam dunia blog ini. Aku pun masa mula menulis blog dulu, paling banyak komen diterima untuk satu-satu entry cuma 4 kerat jer. Kadang-kadang tiada langsung. Tapi aku tak kisah bcoz aku menulis kerana minat, bukan dahagakan komen.

Apapun, kepada rakan-rakan blogger sekalian, kalau boleh janganlah sekadar blogwalking semata-mata. Sudi-sudikanlah tinggalkan sepatah dua komen dekat blog yang kita singgah. Lebih-lebih lagi kalau blog itu kepunyaan blogger baru. At least, komen kita mampu meningkatkan semangat mereka untuk terus berblogging. Betul tak?

44 comments:

Unknown said...

betol tu..kpd blogger baru,belajarlah memberi untuk menerima.. kena slalu bg komen kt entry org, baru org akan balas komen kt entry korang..

aku berblog hampir 2 tahun pon masih x de org nk komen. tp aku x kesah pon sbb aku menulis sbb aku minat dan isi masa.kalu x de masa, aku x menulis.. orang nak baca ke, x nak baca ke lantak lah. i'm just doing what i want~

Siti Safiyyah said...

yes, sokong awak!saya dulu pun macam tu jugak. dekat setahun berblogging tapi macam takdapat target saya (nak dapat ramai kawan). sejak 4,5 bulan ni la baru bersemangat sikit. yang penting semangat tu kene ada. kalau tak, payahlah kita nak hadapi cabaran yg akan datang. for me, blog ni satu cara untuk mematangkan diri. =)

ezma said...

Setuju sangat...
Mungkin penting jugak komen tu. Tak boleh nak cakap tak penting. Sebab komen tu ibarat pembakar semangat kepada blogger untuk terus menulis...

P/s: suke kamu punya perumpaan blogger dengan penjual kuih raye.. hehe

ezma said...

Yup... setuju sangat dengan siti.. berblogging ni dapat mematangkan diri kita... ",)

My Little Diary said...

salam,
ala sian nya blogger tu, bagi saya link dia, meh saya pegi jengah & komen kat blog dia..

Ayu Zarina said...

dulu2 saya pun bukannya dapat banyak komen..kadang2 4-5 komen jer dalam satu entry...tapi tak kisah sebab memang minat menulis kan..jadi lama2 alhamdulillah...dah makin ramai tinggalkan komen..

Anonymous said...

betul tu...
wyna berblog pun sbb minat sgt menulis,..he3..
tak ada komen pun xkisah sbb mmg minat sgt menulis..he3

Farah Hanis said...

apa kata awak komen entry saye mesti saye lagi bersemangat. haha :D

penaberkala said...

haha, kalau macam tuh nk komen la entri ni

betul tuh, tak semua entri yg kita tulis org akan komen
lebih2 lagi entri yg panjang2
entah dibaca ataupun tidak
apepun, minat mesti diteruskan
komen otu satu bonus
sy pun suka org berkomentator
sape2 nk berkomen, jom la kenal,hehe

aNa d'sKoDenG said...

yupp..sama ngan ads...buat n3..x byk komen pon yg dapat..tp dah suka celoteh..belasah je laaa

Cik TeN10 said...

setuju2...

Ayuni said...

hm, btul...bleh x bg url blog tu, sye rajun mengomen nie....sye pun br jgk....hikhik...

Ayuni said...

hm, btul...bleh x bg url blog tu, sye rajun mengomen nie....sye pun br jgk....hikhik...

eiela said...

Kalau nak traffic, penting la. tapi ape salahnya berblogwalking sambil menurunkan komen, bukan kena bayar pun kan.

Latest Entri :
Hati-hati Dengan Penipuan SMS
Jana Pendapatan Dengan Burung Walit

Nik Iman said...

a'ah..betul tuh.
saya nieh..lagi lah...lg xde owg cm nk komen.paling bnyk pon 4 je.hua3!
tp sy xkisah pon,asalkan owg baca.kalu xbce pon sy rse xkisah sngt kot.asalkan bukak+melawatt..xnk follow pon xpe,sy phm,blog sy xsecanggih owg len.huhu.sbb sy create blog atas dasar minat dan bkn nk mgharap ape2 sngt.

tp kadang2 blog yg bese2 pon lg ramai owg nk follow n komen drpd blog yg canggih2.mgkin sbb diowg tngk isi kandungn dlm blog tuh kan..xsemestinya "eh,cantik lah blog nieh! nk follow lah!" hehe..tu pendapat sy lahpeace! :)

Nik Lisa said...

aku blogging bukan kerna nama.
bukan kerna komen.

tp sebab dgn blogging ni at least ade la gak medium nak luahkan rasa an..

KELI OH KELI said...

saya sangat setuju dengan pendapat anda.anyway nice n interesting issue yang anda ketengahkan...

Anonymous said...

jgn cedey2,lau blogger baru mmg mcm 2..lame2 xkan la..:)
pelan2 kayuh k, kepada blogger baru :)

Unknown said...

shatooman - teruskan menulis dan jangan lupa rajinkan diri ziarahi blog orang lain dan tinggalkan sedikit komen. lama lama nanti ramai lah yg sudi memberikan komen

Siti - semangat itu perlu untuk capai sesuatu

Ezma FaSham - blog dan kuih raya tak dapat dipisahkan :)

Unknown said...

My Little Diary - sya lupa nak save address dia. terjumpa balik nanti, saya akan publishkan

ibuayahdamia - ingat lagi masa mula2 terjah blog ibudamia. suram lahi masa tu tapi sekarang bagaikan bintang bersinar dilangit.. kesabaran itu perlu :)

Syahida Baharuddin said...

biase la tu..
adat kn..ape2 yg kite wat..
kite nk kn sket perhatian..
mule2 tu mmg cmtu..
nnt da de pengalamn dlm blog..
mst rmai je komen..
cam Mata Hati ni..

Unknown said...

Wyna Nubies - sabar menanti, teruskan menulis. sampai masa nanti ramai lah pengunjung tetap blog awk

Farah Hanis - dah buat pun :)

penaberkala - kalau dapat tuliskan entry yang menarik, pasti orang suka nak komen

aNa d'sKoDenG - kesabaran itu perlu. teruskan menulis dan jgn lupa mencari kawan2 baru di blog

Unknown said...

fatin - :)

Ayuni - sorry Ayuni, saya terlupa nak save address blog dia. terjumpa balik nanti, saya publishkan

eiela - :)

NiK iMaN - blog yang ringan, paparan yang tak berserabut dan entry menarik. 3 elemen pentinh utk menarik pengunjung :)

Unknown said...

n i k l i s a - berblogging lah demi kepuasan dan kerana minat

KELI OH KELI - :)

NaDia CoMaNeCi - puan nadia..blog awak pun best cuma wallpaper hati sedikit menganggu pembacaan. nick awak sama mcm nama bekas gimnas romania :)

aida yanti - mula2 merangkak, kemudian berjalan dan seterusnya berlari :)

gnesop said...

komen diberi apabila terdapat pendapat atau tambahan kepada entry..
jika entry copy paste, mmg jarang dapat komen..
berdasarkan penagalaman dan pemerhatian, apabila kita aktif komen blog org, org akan komen blog kita kembali. terutama blogger lama, mrk akan cuba membalas apabila kita komeb blog mereka. oleh itu, kita rajin-rajin komen blog org..

Unknown said...

☆aDihAys☆ - itu lah perlunya kesabaran. lama2 mesi dapat kumpulkan pengunjung tetap. blog saya biasa-biasa jer. umpama hidup segan, mati tak mahu :)

Unknown said...

sop - apa yang anda katakan memang tepat sekali. blogger baru, pergilah ziarah blog abang sop utk timba lebih byk ilmu berkaitan dunia blog ni. :)

Cik Su Life Cycle said...

betul betul..kena la rajin komen blog orang..baru orang komen blog kita kan..

CIKGU NAMAN said...

Komen menunjukkan respon terhadap penulis

jadi penulis akan seronok bila dapat komen,tak seronok kalau sedikit komen, logikla kan..hehe

masalahnya, ada yang jenis spammer, datang tinggal kat shoutmix seperti
-jom komen blog saya
-ada entri baru, komen²lah

adoi

Anonymous said...

sgt setuju!!!
mnulis sbb minat n kepuasan dri ^^
n sbb nk share ng org len juge :))

Unknown said...

Cik Su - give and take

n@m@n - sebaiknya biarlah pengunjung memberi komen dgn kehendak sendiri, bukan kerana turuti permintaan blogger yang menagih komen.

nur dhiya' aida - betul tu dik..

alexayussida said...

betolll tuu..kekeke..kalo kte mls nak komen,xyah la nak harap org nak komen..tp plg pntg tulis la sbb minat^^

Anonymous said...

yup. setuju..

Artzlizan said...

sangat setuju bro...

Anonymous said...

Sbnrnya ia depands pd kitalah...tujuan kita berblog...klu kita bgt meminati bidang nie...kita tak ksh ada @ tak org nak mengomennyer...janji kita puas & sentiasa mencari jln utk memperbaiki...mcm sy pun bkn ada sesgt yg nk komen..di sebabkan sy suka terokai bnda yg baru, so sy terus mencuba...jgn pts asa...janji happy dgn apa yg kita buat.. :)

maya amir said...

good tips utk new blogger..tq;)

suzieapai said...

blog is my hobby....bila ada masa lapang, aku tulis la sesedap rasa..
hikss...tp yg best nye memblogkan diri, bila dpt sharing byk ilmu, bley meluahkan rasa...

komen eceli is a bonus for us...tambahkan lagik semangat utk berblogging..tak gitu???

Unknown said...

alexa yussida - dipendekkan cerita, memberi dan menerima..hehe

faRa_diLa, princeduyong - yup.. :)

Iena farina - yes..u right. setiap org mempunyai pendapat dan tujuan yg berbeza. asalkan memberi kepuasan, itu dah cukup bagi saya

Unknown said...

longge - :)

maya amir - apa yg berguna amiklah buat panduan.. :)

SUZIE APAI - betul betul betul.. komen adalah bonus, komen juga adalah satu penghargaan buat tuan blog.

kambing golek said...

betul tu..sy buat blog sbb suka menulis...br start 2 hari lepas...x ramai pun komen...tp xpelaa...

Unknown said...

kambing golek - tiada kejayaan dtg dlm masa yg singkat

nadzirah razalli said...

tak penting sgt kot..
sbb kite menulis ni nak berkongsi cerita dengan orang lain..betul x ?hehe

Unknown said...

ada komen atau tak, tetap terus menulis kalau itu minat kita

Anonymous said...

Ӏt's truly very difficult in this busy life to listen news on Television, thus I simply use world wide web for that reason, and get the most up-to-date news.

Feel free to surf to my blog post - Bauchmuskelübungen