Saturday, November 06, 2010

Cik Tempoyak : Poyok Poyok

siapa diantara blogger suka makan tempoyak, sila angkat tangan dan kaki serentak? hehehe.. ramai yang suka sebenarnya. aku sendiri suka makan tempoyak. tapi kalau makan mcm tu jer, confirm aku tak dpt sumbat masuk dalam tekak. kalau dimasak ikan patin masak tempoyak, 3 pinggang nasik pun selamber jer aku kerjakan. sedap..sedap sangat. nak2 lagi dah tiba musim hujan ni..lagilah bertambah selera nak makan. err..tengah2 malam ni rasa lapor pulok bila sebut pasal gulai tempoyak ni. lecehnya...

nak cerita sikitlah pasal Cik Tempoyak yg teramat femes dikalangan orang melayu ni. mengalahkan bintang2 realiti tv lagi sehingga sebuah satu tempat kat Penang diberi nama Teluk Tempoyak. macam mana nak buat tempoyak? senang sangat. meh sini nak ajar...

Bahan-bahan:
isi durian - dibuang bijinya
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
gaulkan isi durian bersama garam dan gula. 
then letak dalam tapisan dan biarkan semalamam. tujuannya nak buang air yang masih ada dalam isi durian tu. kemudian boleh lah masukkan tempoyak ni dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. jangan lupa tutup rapat bekas tu. kalau lupa nak tutup, nanti satu peti berbau semacam.

kalau kat pantai timur memang femes tempoyak ni. dalam buku sejarah Hikayat Abdullah ada disebutkan pasal tempoyak ni. tertulis dalam buku tu semasa lawatan penulis ke Terengganu sekitar tahun 1836, makanan kegemaran rakyat Terengganu adalah tempoyak, pekasam, petai dan jering. 

kat Terengganu, orang panggil 'poyok', bukan tempoyak. kalau makan macam tu jer mmg tak sedap kecuali dimasukkan dlm gulai ikan. sebab kuatnya pengaruh tempoyak, terselit jugak nama tempoyak diantara nama2 masakan walaupun pembabitannya dalam masakan tak ubah seperti pelakon tambahan dalam sesebuah filem. contoh nama masakan yang femes, 'gulai ikan patin masak tempoyak'. peberet aku nih.. so, sempenan musim hujan, meh ler kita pakat rama2 makang ikang pating masok poyok...

sumber: facebook (resepi masakan melayu)

19 comments:

na einazwa said...

memang best klo dpt mkn poyok gak...nasi pns2 gerenti x pandang kiri kanan dh...mablesssss....

siMpLY nana said...

adus..tgk n3 ni terus berase lapar..memang suka..suka..suka...pas tu, tempoyak ikan bilis pun sedap, buat pedas2..ade ump...

Zasillah Ariffin said...

sis ngan husband suker tempoyak...masuk dalam asam pedas pon sedap gak...kalau makam cam tue pon sedap gak tapi mesti nak letak bawang cili cincang ngan perahkan limau...sedapppp

deqlis said...

tempoyak mmg sedap... fav tue..
gaul je ngan sambal belacan pastu cicah ngan ulam2x..perrgghh sedapnyer..lapo pulak..

klu gulai patin tempoyak tu ..lagi laa tak nampak mak mertua lalu..hehe..

Unknown said...

na einazawa - say asuka makan nasik yg dah suam-suam.. kalau panas sgt tak terasa keenakan gulai poyok tu

Unknown said...

simply nana - tak pernah rasa lagi tempoyak ikan bilis ni..mcm sedap jer

Unknown said...

Shiela Latif - apa saja menu kalau diletak tempoyak mmg sedap. besarnya pengaruh tempoyak ni dlm membangkitkan selera makan

Unknown said...

deqlis - mmg peberet sgt gulai ikan patin tempoyak tu. kesian mak mertua..huhuhu

Thomas Lee/Lee Lip Pang said...

tak pernah makan tempoyah ni.

Unknown said...

u patut cuba makan sekali.. tapi kalau tak tahan dengan bau durian, jangan cuba hidu bau tempoyak..huhu

azwa amani said...

aduiii sedapnyerr...rase nak balik kg jer skng...kat UPSI nie susah nak cari yg sedap....wuaaaaaaa T_T

Sharinginfoz said...

alamak apasal le saya tak suka ngan tempoyak

mr.s mi-G said...

suke jugak makan tempoyak...heee~~dah lama tak makan tempoyak..huhu..terliur tgk lauk tuh..

wan syamilah said...

tk sukanye tempoyak...huhuhu

CIK TOM said...

cik tom mmg anak jati trg tp xsuka tempoyak, budu, belacan dan spesies2 tue..semua kawan ckp baik jgn jadi anak ganu..hahaha... ;D

Unknown said...

azwa amani - cuti nanti boleh makan tempoyak sepuas hati..huu

Sharinginfoz - rugi ah...sedap tu

b.E.L.L.e - boleh jer lunch nanti makan gulai tempoyak..hehe

Unknown said...

SYaMiLa, Cik Tom - rugi rugi..saya kalau tahu ada gulai masak tempoyak, tak pikir 2x nak makan

Safiah Ibrahim said...

suka tempoyak.. tapi, dulu pelik tgk orang lain makan poyok.. me

Hanisah Safian said...

srrrllllpppppppppp~ :P