Friday, November 05, 2010

Pilihanraya Kecil Galas & Batu Sapi

GUA MUSANG: Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan majoriti 1,190 undi.
BN yang diwakili Ab Aziz Yusoff memperoleh 5,324 undi sakaligus mengecewakan lawannya daripada PAS, Dr Zulkefli Mohamed yangmemperolehi sebanyak 4,134 undi. Undi rosak sebanyak 132.
Peratusan keluar mengundi pada pilihan raya kecil kali ini ialah 83 peratus. - sumber: mStar

SANDAKAN: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi apabila calonnya Datin Linda Tsen memenangi pertandingan tiga penjuru itu dengan majoriti 6,359 undi.
Tsen, balu mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, dari Parti Bersatu Sabah (PBS) menewaskan saingannya Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan Ansari Abdullah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).Tsen memperoleh 9,773 undi berbanding Ansari yang mendapat 3,414 undi dan Yong 2,031 undi. - sumber: mStar



nota kaki: tak minat sangat nak ambil tahu pasal pilihanraya ni.. i hate politics

2 comments:

azzey said...

Tahniah kpd BN!

P/S; slm ziarah 7 slm kenal, tq sudi follow blog saya....:)

Unknown said...

salam kenal jugak dari saya...