Sunday, November 07, 2010

Semalam Bersama Best Friends

semalam aku habiskan masa bersama kawan2 sekerja dulu. 5 orang semuanya. dalam 5-6 tahun ni, memang kitaorang rapat sangat. banyak habiskan aktiviti bersama baik kerja ataupun riadah. diaorang mmg kawan yang best. sometimes aku mmg emotional tapi diaorang sudi melayan perangai aku yang tak menentu ni. dalam 6 orang ni, aku yang ke-2 paling tua tapi paling kebudak-budakkan. yang 4 orang lagi walaupun lebih muda tapi jauh lebih matang dari aku. sesekali dapat berkumpul seperti ni, macam2 cerita yang keluar. kalau diikutkan mmg 4 jam tak cukup utk habiskan cerita masing2. banyak sangat yang nak dibualkan dalam masa yang suntuk ni.

teringat masa sama2 dalam 1 department, dalam 1 seksyen..ke mana2 mmg selalu bersama. makan bersama, main bersama, jalan2 bersama, ponteng bersama dan outstation bersama. hampir semuanya dilakukan bersama. kata orang mcm belangkas. time outstation paling best. pergi balik bersama, menginap dihotel yang sama. sikap saling membantu menjadi pegangan. ringan sama dipikul, berat sama dijinjing. adatlah dalam opis, bukan semua orang berhati baik. ada peluang sikit terus dihentam sepuas2 hati seksyen kita orang. dan paling menyakitkan hati bila orang dalam seksyen sendiri cuba jadikan kitaorang sebagai kambing hitam untuk melepaskan diri dari tanggungjawab. apa pun kitaorang akan sama pertahankan kawan. dah lah, tak baik kan ungkit keburukan orang. yang dah berlalu biarkan berlalu. lagi pun aku dah tak kerja kat situ, so dah tak der kena mengena dgn hal kat situ.

semalamam dihabiskan dgn berkaraoke dan lepak2 kat restoran. suara aku pun dah serak. penat karaoke, pi sambung cerita kat restoran pulak. macam tu lah selalu nya bila sesekali berkumpul.. :-) 



6 comments:

azwa amani said...

best kalau ade kawan yg sama ngn kita..ohhh..rindunya zaman asrama...biler dah masuk u nie..masing2 uat hal sendiri...hehehe

Unknown said...

buat ler reunion.. :)

azwa amani said...

ermmm...susah skit...rmai yg terbang luar...saye jer yg terperok kat UPSI nie..ngeee...sye asal negeri 9...nape tanyer ek???

Unknown said...

sajer jekk nak tahu kwn2 blogger dari mana datangnya.. ;)

Puteri Iqa Izyan said...

waaa! rindu nak karok2.. :p

Unknown said...

jom pi karaoke lagu nasyid..huhu ;p