Sunday, December 26, 2010

Perlawanan Akhir Pertama Piala Suzuki AFF 2010

Ehsan dari Utusan Malaysia Online

Malam ini akan berlangsung perlawanan akhir pertama Piala Suzuki Aff 2010 diantara Malaysia menentang Indonesia. Peluang keemasan terhidang untuk mencipta sejarah menjulang trofi AFF buat kali pertama. Reputasi Indonesia yang menang 5 perlawanan berturut-turut seharusnya menjadi pembakar semangat kepada basrisan pemain negara untuk merosakkan kemegahan Indonesia.

Keterujaan rakyat Malaysia jelas terlihat bila ramai berebut untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir ini. Satu perkembangan positif dan kemenangan Malaysia akan menyemarakkan kembali sukan nombor satu negara ini. Walaupun kali ini aku tak dapat berarak ke stadium, tapi tengok tv lagi baik...Huhuhu.

Marilah beramai-ramai terpacak depan TV1 jam 8:00 malam untuk menyaksikan keghairahan perlawanan akhir petama Piala Suzuki AFF 2010. Tak kiralah apa warna jersi yang dipakai malam ni, semoga dapat mencapai kemenangan.

10 comments:

★ .the named anis suhana binti hashim. ★ said...

mesti nak tengok juga. malaysia boleh..!! hee :)

NOOR FATIN said...

semoga malaysia menang!! hehe

Norfa said...

xsabor nak tengok malam ni.. huhu..
MALAYSIA BOLEH!!

e.l.i.z.@ said...

kt bukit jalil dop? alamak..jem la jalan

efa said...

wehuhu..tak sabar seh mau tgk hehehe ^_^go.go malaysia go...kalahkan indon seh huhu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

siapa yg menag?kita tggu

kinN~ said...

yeah malaysia boleh :)

maya amir said...

m'sia bolehhhh;D

hamsah said...

Yeaaah apa pa pun kita mesti beri sokongan yang padu sampai minit terakhir..gooooooo Malaysia.

SUZIE APAI said...

tgh menonton sambil lyn fb,,hiksssss