Cerita dibawah ni adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Saja aku publishkan di siang hari sebab kat depan komputer tu ramai yang takut nak baca kisah hantu di malam hari. Don't worry, matahari dah terbit. Tiada apa perlu ditakutkan. Mari kita selangkah ke alam misteri...
Pengalaman pertama :
Kisah ni berlaku semasa aku ditingkatan 5. Pada malam tu, aku terlibat dengan raptai pembukaan kejohanan silat sedunia di stadium. Raptai tu diadakan pada waktu malam. Semua peserta telah diminta berkumpul di sekolah pada pukul 6 petang. Aku cuma berbasikal ke sekolah yang jaraknya dalam 5 km.
Selepas tamat raptai, sudah kebiasaan aku berkayuh pulang ke rumah melalui jalan kampung yang gelap. Kebetulan malam tu hujan turun renyai2. Sampai di selekoh masuk ke kampung aku, hati ni dah mula rasa berdebar-debar. Sebaik saja melintasi pokok buluh, meremang habis bulu roma dan bulu ketiak aku. Kayuhan terasa semakin berat, seolah-olah ada batu melekat kat pedal basikal tu. Ikh ahh ikh ahh!!! Dengan susah payah aku kayuh jugak sampailah satu tempat berhampiran pokok besar. Ntah macam mana rasa nak berpaling ke sebelah kanan disebalik pokok besar. Arrr....nampak sesusuk tubuh berkain kafan putih, matanya memandang tajam ke arah aku...HANTU POCONG!!!
Dengan sepenuh tenaga aku kayuh basikal selaju yang mungkin. Tapi dengan keadaan basikal yang terasa berat semacam, kalau berlumba dengan kambing pun sure aku kalah. Kayuh punya kayuh akhirnya berjaya jugak sampai ke rumah. Dah berpeluh-peluh satu tubuh mengerah kudrat padahal tak sampai 300 meter pun jarak rumah dengan tempat kejadian.
Sebaik saja parking basikal, mata aku meliar sana sini meninjau keadaan. Manalah tahu kot-kot hantu tu ikut aku balik ke rumah, tak ke naya.. Lega, mujur tak der. Tapi tak tahu lah kalau-kalau hantu tu dah menghaibkan diri sebab sekeliling rumah dah di pagar dgn ayat al-quran sebelum ni. Selepas mandi, aku baca beberapa surah al-quran untuk menghilangkan perasaan takut. Nasib baik malam tu boleh tidur lena.
Pengajarannya, jangan sesuka hati balik tengah2 malam buta sorang diri dan jangan pandang tepi. Berjumpa lagi di episod seterusnya...

11 comments:
okey..nasib baik publish pagi kalau...mau tak nya tak boleh tido duk teringat kat rupa ik pon tun...huhuhuawaa!
hahha..bg la slm kt pocong uh
laa..nape pndang tepi je?..npe tak try toleh belakang?..org tua2 ckp kl beskal berat tu ada 'org' tumpang!!
sib baik baca siang hari...;)
hurmmm...tak baper thrill sangat sebab baca time siang...
TAPPPIIII
kalu baca time malam, dan dikala waktu malam yang hening, ditemani bunyi cengkerik dan bunyi burung hantu bersahutan, sure ahkak tak datang page ko ni ...ahahahaha....
salam...sy suke tgk & dengar ceta hantu2 nie..tapi bila tgk @ dgr mulah tak tido mlm...hahaha... tuan umah...ANDA di TAG olehku... :)
kat sini pocong dah kena belasah dah.. hihi
Latest Entri :
Blog Oh Blog!!
Senyum Itu Sedekah
Cik Liyana - tu la pasal..kalau publish malam, ada nanti yg termimpikan pi dating dgn antu pocong
Novelgurl - tak per, nanti saya suruh pocong tu pi ziarah blog awk..hehe
fatin - nak pusing kepala pun rasa berat
maya amir - keh keh keh..
cik Mot - entry ke tiga nak publish sebelah malam lak
Iena farina - nanti saya pi jenguk tag tu
eiela - tu pocong yg x sempat belajar karate...hehe
hm...seram jgk....
jangan seram..hehe
Post a Comment