Saturday, December 25, 2010

Today is Saturday, Hari Krismas

Hari ni penganut kristian menyambut Hari Krismas. Sebut jer krismas, terbayang selalu mitos rekaan pakcik santa claus yang akan ziarah dari rumah ke rumah untuk memberi hadiah. Lupa nak gantung stoking kat dinding, kalau tak confirm dapat hadiah jugak dari pakcik santa claus....ekekeke. Mujurlah santa claus ni rekaan semata-mata. Kalau benar, memang laku habislah stoking kat pasaraya tu. Confirm melambung tinggi harga stoking..

Hari ni hari pertunangan kawan aku. Memang patut ikat cepat-cepat. Tak elokkan kalau lama sangat berhubungan tanpa sebarang ikatan. Nanti apa saja boleh terjadi. Lepas zohor nanti, aku dipaksa ikut sekali ke majlis pertunangan tu. Jarak yang jauh tu satu hal.. Satu hal lagi, terpaksa jadi cameraman. Oh my my my, aku dah lama tak amik gambar dalam majlis. Kamera yang besar gedabak tu dah lama aku jual. Dah puas menolak tapi kena paksa jugak. Nak tak nak terpaksa lah pinjam kamera kawan yang lain.

Ok, aku nak tidur sekejap. Dah 2 hari tak lelapkan mata. Blog kawan-kawan pun aku sempat terjah 2-3 jer. Selamat tidur kepada korang yang nak sambung tidur. Merry Xmas kepada pengunjung yang menyambut perayaan hari ini. Selamat beristirehat dihujung minggu kepada semua. Malam nanti baru buat kunjungan balas ke blog korang......Zzzzzzz

13 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam...moga anda menghasilkan gmbr2 yg menarik.lepas ni rehat puas2 tau.

Siti Safiyyah said...

heh kene pakse tu..hehe kesian..

e.l.i.z.@ said...

alahai...ni mst tgh tdo lagi ni hehehhe

Ayuni said...

hikhik, selamat menenton org bertunang....

My MiRa said...

selamat hari krismas!!!!!
2 hari tak tido?wah...hebat...
ape pun nice entry ya!
salam kenal dari mira..

cik maz said...

selamat hari krismas pada semua penganut kristian. My member pun ada yang langsungkan penikahan hari ni. mana yang bertunang selamat bertunang dan mana yang berkahwin, selamat pengantin baru..

maya amir said...

selamat merehatkan diri:)

NOOR FATIN said...

gantung stokin wangi2, untung2 dapat iphone 3g! agaga gurau2. mitos semata2!


selamat bercutii!

sz | m.s.s said...

apa la yang difikir/dibuat smpi 2 hari tak tido tuh...

Mata Hati said...

sis Lm - gambarnya biasa2 saja sbb tak guna dslr. tapi bolehlah memandangkan majlis pun sederhana

Siti Safiyyah - huwaaaa!!!!

e.l.i.z.@ - dah terjaga pukul 12 tadi..ekekee. tak leh tido lama sangat. nanti kena tinggal.....^^

Mata Hati said...

Ayuni - menonton dulu mencari pengalaman ^^

My MiRa - selamat selamat..tak hebat sgt sbb mata dah kuyu giler pagi tadi. letak je kepala atas bantal terus zzzzzz

Mata Hati said...

cik maz - lamanya tak tenguk cik maz. harap2 blog baru x terjadi peristiwa serupa seperti blog lama^^

NOOR FATIN - kalau gantung stoking busuk, agaknya santa claus nak bagi hadiah tak? ehehe

Mata Hati said...

sz | m.s.s - siapkan kerja akhir tahun..huhuhu