Saturday, December 18, 2010

Bubur Asyura

Pagi ni ada projek buat bubur asyura secara bergotong royong kat rumah. Bukan selalu dapat makan bubur asyura ni. Boleh dikatakan setahun sekali jer. Aku tak tahu lah kalau2 ada diantara blogger yang tak kenal bubur asyura. Nanti boleh pergi jenguk kat mana2 tempat yang ada anjurkan aktiviti membuat bubur asyura.

Baru aku perasan bubur ayura ni ada bermacam-macam warna dan rupa. Ada warna coklat, kelabu, kuning dan ada pulak jenis cair dan pejal. Agaknya bergantung kepada tempat dan bahan yang digunakan kot. Satu yang paling aku lemah bila nak buat bubur asyura ni, tak larat nak mengacau. Nak kasi bubur asyura ni benar-benar pekat, berjam-jam lamanya kena mengacau dalam kawah.

Errr...kenapa dipanggil bubur asyura ah sedangkan kat tempat aku ni ianya sebijik macam puding..pejal. Tak der lah pulak nampak lembek atau cair. Biasanya perkataan bubur ni merujuk kepada masakan air seperti bubur nasi, bubur cendawan. Lantaklah labu, yang penting aku suka makan bubur asyura ni. Dulu aku ingatkan asyura ni nama perempuan mana? Manalah tahu kot-kot untuk mengenang jasa dia, terus di namakan bubur ni dengan nama bubur asyura..hohoho

Gambar ehsan dari Google

9 comments:

maya amir said...

nak sket bubur assyura:)

Unknown said...

amik ler...huhuhu

Cik TeN10 said...

huhu..family sy pun buat! ruginye sy xde..xsmpt la nk merasa..huhu

ehh! header baru lg?..nice2~

Lydia Miza said...

salam
pertama kali mkn bubur asyura semasa belajar di uitm..terkejut tgk org pantai timur punya mcm kuih..x sama mcm kami di selatan..hehe

Unknown said...

Alamak.... baru mengidamsemalamnakmakan bubur ayuraa... uwaa....meh cikitleh? hehe

Ayuni said...

wa, bestnye...hikhik, header dh tukar, smart....

♥ AkuMuslimSederhana ♥ said...

knp blog lelaki style2 ek..
hee..i folow u..folow me taw

Unknown said...

fatin - nanti dah balik malaysia sure boleh makan ^^

sis LM - lain ek.. saya pun baru hari ni tahu lain tempat lain hasilnya. sipa ada bubur kaler kuning lagi...

shiemz - sabar..nanti saya kasi..hehehe

Unknown said...

Ayuni - kat tempat belajar tak der buat gotong royong projek bubur asyura ke? biasanya adakan... :)

Teacher Rinz - ntah lah.. nanti saya follow balik