Wednesday, December 15, 2010

Tolong Jangan Goda Aku!

Entry merentas masa..

Tajuk meleleh tapi tak semestinya isi kandungannya meleleh jugak. Semasa korang sedang membaca entry ni, tuan blog on the way ke Stadium Bukit Jalil memberi sokongan padu kepada pasukan bola Vietnam.. Ops!! Malaysia lah. Kan ada pulak nanti dilabel sebagai tak patriotik..hehehe..

Entry ni maybe agak pedas. Betul ler, saper yang makan lada memang terasa pedas berdesit. Lebih2 lagi kalau makan lada jarum. Teguran ini bukan kerana bencikan sesiapa tapi lebih kepada nasihat untuk memperbetulkan apa yang tak elok pada pandangan mata. Jadi kalau ada yang terasa marah, nak boikot blog ini ke..do it!! Apa ku kisah. Tapi kalau aku tak tegur, blogger mana lagi yang sudi memberi teguran?

Aku nak sentuh pasal blog yang banyak memaparkan gambar menjolok mata untuk menarik perhatian. Ala-ala kassim selamat menjolok mata dengan garfu. Ala kassim....!! Blog adalah pentas untuk berkarya, mencurahkan idea dan mencari kenalan. Tapi ada segelintir blogger muda yang masih setahun jagung dalam dunia blog tak sedar apa yang mereka paparkan dalam blog cukup mengiurkan. Sampai aku terpaksa tutup mata bila baca entry. Boleh percaya ker?

Kamu ni sudah terlebih ekstrem.. Tanpa segan silu menampal gambar sendiri dalam keadaan yang cukup mengiurkan. Boleh berdarah hidung aku bila tengok gambar kamu ni... Tak malu ke hah!!! Dengan selamba tanpa rasa bersalah letak gambar berpakaian ketat atas bawah sampai tersembul bukit berkembar, ternampak lurah dendam kat dada. Kucing pun boleh naik gian kalau tengok. Dah ler posing maut giler, terbaring terlentang, kuak dada, kuak rama-rama sambil buat pulak muka menggoda seperti susu manis dalam tin. Lap u sana, lap u sini. Terjatuh kopiah tok imam kalau terbukak blog kamu ni. Sampai aku pun boleh termimpikan kamu beberapa hari lepas. Bukan mimpi basah...

Excited sangat bila sekelip mata jer dapat himpun ramai pengomen dan follower. Semakin ramai follower, semakin banyak gambar menaikkan nafsu kamu letak. Kalau dulu sekeping dua, sekarang sampai 6-7 keping dalam satu entry. Sudah-sudah ler..jangan berfikiran kolot, pendek akal. Kamu tahu tak, gambar kamu tu boleh di super imposekan ke gambar lucah.

Tolong jangan salah gunakan blog. Aku tahu ada yang menyumpah seranah sebab aku mengutuk mereka yang bersalah ni. Ada ku kesah? Kamu nak marah sebab aku tak der hak untuk menegur? Kamu naik hangin sebab blog itu kamu yang punya? Stop it kay.. Jangan terpengaruh dengan budaya bodoh sombong. Kalau dalam gambar pun macam tu, luar pada gambar aku tak tahulah macam mana. Cubalah fikir, tenang ke hidup kamu kalau setiap hari ada saja manusia mengunakan gambar kamu tu untuk memuaskan nafsu. Tak mustahil kerana terangsang dengan gambar kamu tu, boleh mangakibatkan adegan mencabul kehormatan dan perkosaan kat luar sana. Jangan ingat hanya filem dan gambar lucah saja yang boleh mendorong ke arah perlakuan ini.

Adik adik ku, buang lah gambar-gambar tu. Tak elok sangat kalau sengaja ditampal untuk santapan mata golongan bernafsu. Kalau nak sangat bergambar sexy, boleh jer tapi simpan untuk tatapan peribadi. Tak payah nak tampal kat blog. Berapa ramai abang dan kakak blogger yang meluat dengan gambar2 over acting tu. Aku tak pernah membenci dirimu kerana perasaan benci hanya membuatkan hati aku tak tenang. Aku hanya menegur demi kebaikan sebab aku sayangkan korang yang comel ni. Yang masih boleh dilentur menjadi lurus. Lihatlah kat luar sana, gejala sosial sedang bermaharajalela. Jangan nak curahkan lagi petrol ke dalam api yang sedang marak. Sayangi diri sendiri kay. Jangan nak tiru gaya artis-artis seksi dalam majalah tu. Gunakan blog dgn sebaiknya. Love u all...

Nota: Tak sempat lagi nak ziarah kawan2 yang sudi memberi komen sebab sibuk sikit dalam 2-3 hari ni. Insyaallah, akan ziarah semua blog kawan2 nanti...

20 comments:

Ayuni said...

erm, blog sye camne?

apezs shah said...

Ish3 mcmtu sekali ke..
Mcm nak tahu juga blog sape tu kan. Tapi tak baek mengaibkanlaa pulak hehe.. selamat memandu.. chaiyok3 Malaysia..;)

MyraAyreen ^^ said...

hahaha .. biasa lah kan ..

nak mpemeskan belog sendiri ..

MyraAyreen ^^ said...
This comment has been removed by the author.
NM02 said...

jgn luper singgah bw tau

Siti Safiyyah said...

pergh tak beragak lgsg nak tayang gambar..haish manusia akhir zaman macamtu kot..

eh eh kemain header baru siap tayang gambar lg..seb baik bkn gambar cekci2 kan?hehe

p/s: jelesnyeeee nak ikut gak gi tgk bola! :P

maya amir said...

adehhh... ni kes budak2 muda laa nih.. bese org dewasa ni, kurang sket kot..eh ke ade gak org2 'dewasa' nih letak gmbr tak senonoh..hmmm...

azwa amani said...

ooohhhh ade ke blo yg macam tu...amani tak jumpe lagi...harap2 tak jumpa blogger tu.... :) blog amani okey tak????..jawab-jawab..kalau tak nak mecok...pehe dok mecok tu gapo???..ore ganu kan...

♥cikmOt♥ said...

yang pasti bukan blog saya...
meh sini kasi linnk....

Anonymous said...

Aishk!!!teruknyer...tak suke lah cam nie... :( tak best lor..nti bebdk kcik tgk tak lulu lor...ubah lor cara pemikiran tu..tak elok dik... :) amacam mata hati...blog saya seksi tak???hehehe

kella said...

wah! dah ke sana?
wahh...
memang teringin nak kesana sebenarnya..
dah nak beli tiket dah..
tapi tak jadi pula..
tolong sorakkan untuk ku di sini!
kami tonton kat tv jer!

blog..blog.. macam macam...
my blog? how?

Noor Fatin said...

sy xpenah jmpa lagi la.. hoho dasyat betol. isk2, xmalu

Anonymous said...

mine how? err.. aa.. adeh

LyNn HaMzAh said...

ada ker blog macam tu...kak lynn x pernah jumpa lagi...

Anonymous said...

hehehe sy tag anda lg

http://permataalza.blogspot.com/2010/12/award-ke-11.html

E'in said...

blog e'in lak cmne??

Unknown said...

Ayuni - ok jer...

apezs shah - x payahlah bagitau.. kalau beruntung nanti, terjumpalah blog mcm tu

Myra Ayreen - lain org lain caranya

NM02 - ok

Unknown said...

Siti Safiyyah - header tangkap muat. baru belajar guna photoshop tu...

maya amir - budak muda mudah terpengaruh dgn unsur2 yg kurang elok

amani - blog amani sopan per...^^

cik Mot - takper...kalau cik Mot selalu bw, nanti akan terjumpa jugak

Unknown said...

Iena farina - seksi...huhu

kella - pergi pun sbb dpt tiket free..huhu. blog kella ok jer

NOOR FATIN - kalau selalu bw, satu nasa nanti akan terjumpa lah tu

maCy - blog kawan2 kat sini semuanya ok jer

Unknown said...

kak Lynn - terjumpa semasa bw ari tu..

iena farina - nanti saya jenguk

♥e'in♥ - comel jer blog awk