Saturday, December 04, 2010

Tag Dan Award Dari Adik Azwa Amani

Award ni dianugerahkan oleh adik Azwa Amani. Aku panggil adik Amani jer. Blogger yang kiut miut dan suatu masa nanti bakal menjadi GTA, Great Teacher Amani. Tak gitu? Hehehe.. Adik Amani ni pengomen tegar kat blog ni. Mekacih yer sebab sudi bagi komen kat entry di blog ini yang tak menarik langsung nak dibaca. Ok, sambil menerima award sambil menjawab soalan.

1- Apa benda paling cool dalam hidup korang?
-- Tak lain tak bukan, semestinya maskot aiskrim Mat Kool. Nak nyanyi sikit..

Mat Kool Mat Kool kawanku, 
Mari kita ikut Mat Kool, 
Main main selalu,
Syoknya syoknya ada Mat Kool..

2- Siapa orang paling cool pernah korang jumpa?
--  Orang paling cool yer.. Semestinya cikgu BM yang pernah mengajar aku masa tingkatan 3. Nama dia cikgu Tazan. Aku selalu mengenakan dia dgn meniru aksi Tarzan dalam hutan..hohoho. Tapi senakal mana pun aku dia tak pernah marah. Senyum jer.. Habis ekstrem pun mesti dia bagi nasihat dgn bercerita kisah yang boleh dijadikan teladan. Cikgu memang cool. Rupa pun macam hero hindustan zaman 60an. Patutlah menjadi pujaan student pompuan..huhu

Ok, dah jawab soalan, inilah dia award yang diberi. Cool kan..

6 comments:

Siti said...

haha comel aje jawapan awak.. :P

Terkini :
Lagu jiwang vs Lagu baru
Jom join contest kesayanganku!

azwa_amani said...

huhuhuhuhu..lawak laaa...suke mat kool..insyaALlah..amani akan ingat GTA tu sampai bila2...

Iena farina said...

hehehe...jwb jgn tak jwb yea...pemuda cool....hahaha :)

Mata Hati said...

Siti - jawapan jer comel, tuan blog hodoh jer...hehe

azwa_amani - nanti pi beli eskrim mat kool kat kedai

Iena farina - dah jawab...hehe

Sharinginfoz said...

teringat pada cikgu yang mengajar dulu

Mata Hati said...

huhu...sampai sekarang teringat jasa2 cikgu