Berjumpa lagi di episod ke-2. Dengan tujuan ingin menambahkan keseraman cerita yang tak berapa seram ini, tuan blog telah memutuskan untuk publishkan cerita ni di waktu malam. Kepada yang tak berani baca di waktu malam, boleh baca entry ni disiang hari esok. Nasihat tuan blog, saat anda bersendirian...'jangan pandang atas'..hua hua hua
Kisah ni berlaku semasa 2 tahun lepas. Kejadian kali ni tak bersangkut paut dengan aku. Tapi kerana yang ditimpa tragedi ini adalah jiran di kawasan perumahan aku, jadi aku rasa lebih baik korang pun tahu sebab ramai diantara korang pernah melalui tempat kejadian ni.
Gambar Ihsan dari Nesamgerek
Kisahnya bermula bila makcik Mah dan keluarganya melalui lebuhraya Grik. Waktu tu selepas hujan. Sepanjang perjalanan, jarang-jarang sekali berjumpa dengan kenderaan lain. Korang yang pernah melalui lebuh raya Grik ni tahu kan macam mana keadaan jalannya. Sesuai dengan jolokan sebagai laluan maut. Ditambah lagi ramai yang mengatakan laluan ini berhantu. Ini lah kejadian yang menimpa makcik Mah dan keluarganya.
Ketika menuruni bukit, tiba-tiba kereta yang dipandu oleh anak lelakinya ini tak dapat dikawal. Stering dirasakan terlalu berat dan kereta meluncur laju ke arah selekoh tajam. Dalam keadaan cemas itu, makcik Mah malaungkan takbir sekuat hati. Sebaik saja laungan takbir bergema, stering kereta dapat dikawal kembali dan anak makcik Mah berjaya membuat break emergency. Itu pun dah hampir benar nak masuk ke dalam gaung. Setelah dirasakan semuanya dah selamat, mereka meneruskan perjalanan kembali.
Hampir maghrib barulah makcik Mah sekeluarga sampai ke rumah. Semasa memunggah barang dalam kereta, anak lelaki makcik Mah ternampak kelibat satu lembaga keluar dari kereta itu sepantas kilat. Tidak mahu menimbulkan perasaan takut ahli keluarga, dia diamkan saja. Dan tengah malam itu, makcik Mah meraung-raung kesakitan setelah dirasakan rambutnya ditarik dengan kasar oleh sesuatu yang tak nampak pada pandangan mata. Meronta-ronta makcik Mah sehinggalah seorang ahli keluarganya membaca ayat-ayat suci al-quran. Serentak dengan itu, terhenti serta merta kesakitan yang ditanggung oleh makcik Mah.
Pada keesokan harinya, baru lah diceritakan kejadian ini kepada jiran-jiran. Rupanya kejadian rambutnya ditarik semalam adalah kerana lembaga tersebut marah setelah makcik Mah melaungkan takbir sewaktu kejadian dilebuh raya Grik. Setelah diadakan majlias bacaan yassin, tiada lagi kejadian menakutkan menimpa makcik Mah sekeluarga.
Sebenarnya bukanlah sesuatu yang menghairankan bila kerap kali kemalangan berlaku di lebuhraya Grik. Ramai yang pernah ditimpa pelbagai kejadian yang menakutkan. Ingatlah, perbanyakkan membaca ayat-ayat suci al-quran sepanjang perjalanan lebih-lebih lagi ayat kursi. Semoga selamat sampai ke destinasi tanpa kejadian yang tak diingini.
21 comments:
baca sekerat sbb waktu mlm ni..hehe...
hoh cite hantu ke? saje eh publish malam2 supaye org takut?hehe, tahniah anda berjaya buat saya takut nak sorg malam ni :P
huwaaa...tahniah...bulu roma aku berjaya meremang...
uhukss....
alamak. ingatkan spoof story. rupanya betul2. dah la tgh sorng2 ni!
citer xde la rsa seram sgt...he3
akak baca laju2 sbb bukak plak entry ni waktu mlm..ihiks..
hehehe...nasib baiklah kat grik...tak lalu..tak lalu...hahaha(berlagaknyer)... :)wah!!! en teruna nie nak jd mr seekerss lak yea... :P
maya amir - esok boleh sambung hehe
Siti - x yah la takut. ajak kengkawan baca sekali
cik Mot - jgn biar sampai meremang bulu hidung...hahaha
gadisBunga - mana ada spoof story. nanti boleh sembunyi disebalik kelopak bunga :)
Wyna Nubies - citer biasa jer..hehe
sz | m.s.s - kalau baca laju2, x terasa feel lah.. :p
Iena farina - x berani nak jadi mr seekers...huhuhu
eee seram,takut nye..mintak jauh jadi macam tu.
antu kata: nok makang budok ni..hohoho
uwa...da la dok bilik sorg2..tamau baca ag!!huhu
hm, makhluk tu mmg kt maner pun ader, yg penting hati mesti ingt kt Allah....
amani tak baca lagi entry ni...seram..besok pagi baru bace yerr..malam ni xmao..seriau dah ni..
jln grik ni dh banyak kali aku lalu time blaja kt penang n keje kat kulim..nk balik kg ke tganu..alhamdulillah nasib baik xde ape yg trjadi..tapi jalan tu mmg bahaya..kawan aku pun ade yang meninggal accident kt ctu..
fatin - boleh jer baca tapi jangan pandang belakang..huhuu
Ayuni - itulah sebabnya kita disuruh banyak2 baca al-quran. walau kemana perjalanan kita, basahkan lidah selalu dengan ayat kursi
azwa_amani - ish ish ish!! ari tu cakap tak takut. cam mana lah nanti kalau kena hantar bertugas kat pendalaman, berhampiran hutan.. :p
Mohd Firdaus - tapi laluan tu mmg laluan maut. banyak kemalangan berlaku
seram doe..aq ad dgor bnyk cerita kot kt lebuhraya ni..mmg brpenunggu coz dibina kt tgh2 hutan 2..
biasalah..tempat macam tu
eiii..sib baik baco siang hari..
siye ko makcik mah keno tarik rambut heheh..tp scary la!
kalu la semua xcdent sbb hantu, hmmm ada kemungkinan kita x igt nk baca ayat suci huhuhu
rama yg suka dengar lagu dan radio dari baca ayat suci al-quran semasa dlm perjalanan
Post a Comment