Bertemu lagi di episod ke-3. Tak nak lah siarkan pada waktu malam sebab ramai yang takut nak baca...Hehehe.. Kali ni ceritanya tak lah seram cuma sekadar misteri yang tak terungkai. Sampai sekarang pun aku tak tahu macam mana perkara ini boleh terjadi dan bagaiman ia boleh terjadi.
Kisah ni berlaku sekitar tahun 2001. Aku bersama seorang rakan telah dihantar ke luar daerah untuk membuat kerja-kerja pemetaan. Tak jauh pun, cuma 120km dari pejabat. Kerja ni memakan masa selama empat hari. Setiap kali dihantar keluar daerah memang excited sangat masa tu sebab claim perjalanannya tinggi. Lebih tinggi dari gaji bulanan.
Pada hari ke empat iaitu hari terakhir, aku bersama rakan sedang menyiapkan fasa terakhir kerja. Untuk menyiapkan fasa terakhir ni, terpaksalah masuk ke dalam kebun getah dan kelapa sawit. Keluar masuk keluar masuk untuk pastikan hasil kerja seperti yang dikehendaki. Kalau tak sempurna, nanti teruklah kena bersoal jawab dengan pengarah. Siap kerja, kitaorang pun bertolak pulang. Adalah selepas lebih kurang 1 jam perjalanan pulang, berhenti sekejap kat masjid untuk solat asar. Kat sinilah bermulanya kejadian misteri.
Sudah jadi kebiasaan, sebelum ambil wuduk aku mesti masuk tandas dulu salin pakaian bersih. Nak menghadap Tuhan, mestilah semuanya dalam keadaan besih. Bukan time nak jumpa girlfren baru nak serba serbi bersih dan kemas. Tutup jer pintu tandas, aku perasan sesuatu pada kaki seluar sebelah kanan. Macam mana tetiba pulak penuh dengan darah ni? Sebelum masuk tandas takder pulak nampak darah kat seluar. Bau darah pun korang tahulah macam mana kan...
Sambil2 tu aku check lah kat kaki kalau-kalau ada kesan luka ke, kena gigit lintah atau pacat tapi tiada. Dalam kepala terlintas jugak, aku datang haid ke macam orang perempuan? Pang!!!! Kau tu lelaki lah, mana ada datang haid...hehehe. Sampai sekarang pun aku tak tahu dari mana datangnya darah ni. Kalau sikit aku tak hairan, ni penuh kat kaki seluar sebelah kanan. Misteri nusantara betullah...
Tak nak buang masa duk berteka-teki, aku amik keputusan biarkan dulu hal ni. Yang penting kena tunaikan solat cepat-cepat. Kejadian ni tak aku ceritakan kepada rakan sebab dia tu penakut sikit. Aku diamkan jer sampailah ke rumah. Cepat-cepat masukkan seluar yang penuh dengan darah tadi ke dalam mesin basuh. Nak tahu jugak kalau-kalau darah tu kekal melekat kat seluar. Tapi mujurlah kesan darah tu hilang. Dari mana datangnya darah tu, aku tiada jawapan...
15 comments:
hm, ntah2 kaki luka kot n awk x sdar...tp kelakarlh...hikhik...
hahaha.boleh buat novel nih! :P
salam
jengjengjeng... darah apa pulak tu... aiyokkk tak tau... kekeke
ada pacat naik kot..tapi x sedar.
hahahahha! aku tak suke cerita hantu sebab i penakut, hehehhe :) tapi kelakar noks! :)
suka citer hantu..walau pun penakut miahahaha...
Jom klik sini
http://ellismelia.blogspot.com/2010/12/pertandingan-template-tercantik-by.html
anda di tag..:-)
salam
mmg benda mcm ni selalu berlaku,tp bila tgk sekali lagi darah dah hilang.Syaitan sering nak permainkan kita..mmg biasalah tu..
lorhhh... scary nyerrr
seram tu....nk basuk seluar tu..darah tu dh ilang ek....misteri2...
rasanya darah pacat or lintah tu kot..
Ayuni - tiada luka kerana kesan darah tu kelihatan sebaik masuk tandas. masa buka kasut kat tangga masjid tiada nampak darah pun
Hanisah Safian - ada sesiapa berminat nak adaptasikan ke novel? hehehe
My Little Diary - tak tahu lah pulak..misteri nusantara
isabelle - pacat..hmmm tak kot sebab sebelah kanan seluar penuh dgn darah. mcm luka yag besar utk basahkan seluar dgn darah sebanyak tu. sebelah kiri putih bersih
Ieda Al-Habsyi - nasib lah disiarkan pada siang hari..lupa, malam ni malam keliwon..kekeke
deqlis - hehehe...nanti saya jenguk contest tu.
sis LM - macam tu lah dugaan utk menguji keimanan. rasanya kalau lemah semangat, masa tu jugak menjerit ketakutan
firahdifa - ngeeee^^
zura@iwan - misteri sampai bila-bila
Sricahaya - rasanya tak..saya dah biasa digigit pacat atau lintah. tapi yg ni tak mungkin kerana kesan darah yg byk tu seperti alami luka besar kat kaki
Post a Comment