Ada apa dengan cinta?
Kenapa harus jatuh cinta?
Kenapa cinta tak semestinya bersatu?
Aku bukanlah mat jiwang karat kerana semua tu dah lama aku tinggalkan, dah lama aku lupakan. Cuma terasa sesuatu bila terbaca satu entry mengenai seorang gadis meratapi kematian kekasih hatinya. Itulah lumrah kehidupan. Ada pertemuan, ada perpisahan. Ada kegembiraan, ada kedukaan. Selagi masih bernyawa, kita tak dapat lari dari semua ni. Pahit atau manis, kita terpaksa jua menelan hakikat sebenar.
Tiada yang kekal dalam kehidupan ini, sampai masa akan pergi jua. Begitu juga dengan diri ini. Hari ini kamu melihat aku setia menyusun bait-bait kata dalam penulisan. Esok belum pasti lagi kamu dapat melihat kelibat aku disini.
Perasaan cinta adalah anugerah terindah dari Ilahi yang wujud dalam diri semua makhluk yang bernama manusia. Ada yang menghargainya, ada yang membencinya. Terpulanglah samada mahu menerimanya atau menolaknya.
Dalam mengejar cinta duniawi, ramai yang terlupa bahawa cinta hakiki seharusnya kepada Tuhan Yang Maha Esa. Cinta kepada Tuhan tidak akan mengecewakan kita. Cinta kepada Tuhan akan memberikan ketenangan di waktu kita kesusahan. Bertentangan dengan cinta kepada manusia yang belum tentu akan disatukan, yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan..
Kita manusia sering terbuai dengan cinta nafsu. Kita sering menyangka itulah cinta sejati namun kita terlupa, cinta nafsu sering mengecewakan kita. Cinta nafsu sering berubah tidak menentu. Ibarat pantai dan ombak, sekali ombak memukul pantai sekali itu juga pasir dipantai berubah. Sedarlah kita, cinta kepada Tuhan adalah cinta yang sebenarnya, cinta yang sejati.
Tuhan, dulu pernah aku menagih cinta seorang manusia namun aku dikecewakan. Cinta yang ku dambakan tidak berkekalan seperti yang diharapkan. Aku menjadi gelisah. Luka dihati yang berdarah kini menjadi semakin parah. Namun aku tak ingin selamanya terpalit dengan kedukaan ini. Biarkan kisah semalam berlalu pergi kerana aku tak ingin meratapinya lagi.
Tuhan, dosaku mengunung tinggi tapi rahmatMu melangit luas. Harga selautan syukurku hanyalah setitik nikmatMu di bumi.
Tuhan, walaupun taubat itu sering aku mungkiri, namun pengampunanMu tidak pernah bertepi. Selangkah aku rapat kepadaMu, seribu langkah Kau rapat kepadaku..
27 comments:
lumrah kehidupan...tapi saya cinta dia sampai kapan...sob sob...
ada bahagia,ada derita ,, yang pasti ada hikmah untuk segala yang berlaku
cik Mot - jgn sedih2..nanti banjir pulak opis tu
iszieylyanziy - tidak semuanya indah, tidak semuanya pedih
Erti cinta tu sukar untuk diungkap..
cinta begitu rumit untuk diungkapkan.. hehe
sedih tapi berharga.. begitu dalam kata-kata ini.. betul lumrah kehidupan..
betul...perasaan kasih, sayang, cinta itu adalah kurniaan dan nikmat yang Allah beri.. semuanya bersifat sementara..
cinta kepada Allah lebih berat timbangannya jika nak dibandingkan dengan cinta kepada sesama manusia, andainya dihiasi dengan ikhlas dan korban seperti yang disyaratkan
pengalaman putus cinta mengajar kite lebih kuat utk menghadapi hari2 yg seterusnye..
hm, bg sye cinta sejati ader, InsyaAllah awk akn jumpa cinta itu, percayalah, Allah maha besar....
cinta pada bunga, bunga akan layu...
cinta pada manusia, manusia akan mati, cinta pada ALLAH yg akan terus kekal selamanya :)
Allah meniupkan perasaan cinta pd kita utk kita bersyukur & saling mengenali..sekiranya berlaku sebarang kekecewaan jgn di kesali mgkn ada hikmah di sebaliknya cuma hargailah cinta tersebut kerana dgn cinta kita saling mnegenali setiap ciptaan ALLAH :)
cinta sukar untuk ditafsirkan..kekdg bahagia kekdg tidak
Cinta memberi bahagia...tp bisa melukakan juga
tiap pertemuan pasti ade perpisahan...kebahgian kekadang dr sebuah kedukaan...
Cinta anugerah Allah yg sgt indah..(",)
err..err...tbe2 tak tau nak komen ape ble bace entry ala-ala org tgh putus cinta ni..hehe, ala kalau jodoh tak kemane..kan kan? :)
Jom Sertai Bloglist Siti Safiyyah :)
penah kecewa jugak.. :( sakit sgt rasa. semuanya krn cinta..
tapi skrg dah bahagia dah :)
harap xde kcewa lagii
Cinta sejati itu ada. Cuma masa menemuinya saja..
Cinta Allah itu sentiasa ada tapi manusia tak pernah mahu meminta pada-Nya...
kne tag, sila ke http://ladygreen3011-ayuni.blogspot.com/2010/12/2010.html
ending n3 yg sempurna...
bersama ingat m'igati...
perghh ayat bermadah.. tapi penuh makna:)
salam
sob3x... sedihnya baca... cintaku juga tak bersatu... huwaaa...
'yang tertulis adalah yang terbaik buatku...'
love - incredibly complicated feeling which exist in incredibly complicated creature - human being
sesuatu tentang cinta, yg saye tulis dlm entry yg lepas, ade masa nnt jengah2 ye ;)
http://nurhatt.blogspot.com/2010/11/love-is.html
apa yg awk kata mmg btul....tp entahlah...
yup btol uh.. cinta yg Maha Esa kekal slamenyer...
lumrah kehidupan...
mmg cmtu..
",)
Speechless... kerana kamu sendiri yang lebih mengetahui selain Dia Yang Satu yang Maha Mengetahui... :)
kepada semua pengomen - cinta ada banyak pengertian dan tafsiran. dalam gelora cinta duniawi, jgn sesekali lupakan cinta kepada Tuhan Yang Satu
Post a Comment