Saturday, December 25, 2010

Sepanjang 2010

Tahun 2010 kian berlabuh pergi. Hanya tinggal 7 hari saja lagi sebelum tahun 2011 datang bertandang. Setahun yang berlalu meninggalkan kenangan pahit manis dalam hidup kita semua. Yang manis terlalu indah untuk dikenang, yang pahit terlalu sukar dilupakan. Terima kasih cik Ayuni kerana tagging tuan blog ini. Sejak awal bulan lagi nak buat entry pasal ni tapi selalu tertangguh sampai terlupa.

Tahun 2010 bolehlah dikatakan aku gagal dalam banyak perkara. Tak semua yang aku harapkan menjadi seperti yang dikehendaki. Berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya, tahun ini adalah paling suram aku rasakan. Tiada satu pun impian tercapai. Terasa seperti duduk dalam bilik kosong yang tiada pintu keluar.

Dari segi kerjaya tiada pencapaian yang boleh dibanggakan. Tiada kenaikan, lebih banyak penurunan. Pada bulan April, aku kembali ke jabatan lama untuk menyudahkan kerja yang belum selesai. Alhamdulillah setelah sekian lama akhirnya aku dapat siapkan juga kerja ni. Terasa satu kepuasan kerana berjaya melengkapkan satu pusingan kerja yang mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan.

Tempoh 4 bulan terasa terlalu singkat  tapi happy sangat sebab dapat bertemu balik dengan beberapa orang rakan lama dan bekerja dalam satu team kembali. Walaupun senario politik dalam pejabat masih kuat tapi tak lah memberi kesan kepada aku kerana dah cukup masak dengan semua ni. Aku pelik dengan tingkahlaku pekerja sektor awam ni. Saling nak menjatuhkan dan berpuak-puak. Bermuka manis didepan kita tak bermakna dibelakang pun macam tu. Begitu juga dengan soal perebutan untuk mendapat anugerah pekerja cemerlang. Lebih banyak lakonan dari kejujuran. Ramai yang tak layak mendapat anugerah ni.

Dalam kehidupan seharian tiada apa yang berubah cuma sejak akhir-akhir ni jer aku semakin kurang bernafsu nak makan. Dalam masa 2 minggu, dah beberapa kg berat badan aku susut. Memang patut pun sebab aku cuma makan sekali sehari. Dua hari sekali pun ada. Tadi bonda dah tegur bila tahu aku abaikan soal permakanan.

Soal persahabatan, alhamdulillah walaupun aku tak punya ramai kawan tapi kebanyakannya adalah best friends sejak bertahun-tahun lamanya. Mereka sentiasa bagi support walaupun aku tak pernah memintanya. Dekat blog juga aku dapat ramai kawan baru. Walupun hanya kenal di alam maya tapi sekurangnya adalah juga yang sudi membaca dan memberi komen ke atas penulisan aku.

Soal kahwin, sampai sekarang aku belum terfikir ke arah itu. Sepanjang tahun ni, dah beberapa kali bonda cuba padankan aku dengan anak kawannya tapi tak terbuka juga hati ini nak kahwin. Serius aku cakap buat masa ni masih tiada penganti walaupun dah 5 tahun pemergiannya. Tapi manalah tahu kalau ditakdirkan tahun depan aku bertemu jodoh. Aku akan terima tapi biarlah pasangan hidup itu seorang wanita yang akan sentiasa mendekatkan aku kepada Tuhan, sentiasa mengingatkan aku tentang bekalan di hari akhirat kelak.

Soal kewangan, alhamdulillah aku tidak pernah berdepan dengan masalah kewangan. Everything ok jer walaupun adakalanya aku rasa seperti tak cukup duit tapi aku bersyukur kerana masih diberi nikmat untuk makan dan bersedekah. Sampai hari ini aku tidak pernah berhutang dengan sesiapa atapun dengan mana-mana bank. Clean and clear..

Soal pendidikan, dah setahun aku tangguhkan pengajian. Tak tahulah sampai bila baru ada mood kembali nak study. Kebanyakan mereka yang mendaftar bersama aku tinggal setahun lagi nak graduate. Hahaha...budak ini memang pemalas betul. Tengoklah tahun depan macam mana. Aku pun dah boring dengan panggilan dari pihak universiti yang bertanyakan bila aku nak start balik. Buat PJJ ni memang mencabar tapi seronok sebab aku bukan jenis yang suka menghadap muka lecturer setiap hari..ekekeke

Ok, setakat ni jer lah. Nanti kalau panjang sangat siapa pula nak membaca entry membosankan ni. Ermm..apa kata kalau korang pun tulis apa yang best dan tak best sepanjang tahun 2010 ni. Kalau nak tag terlalu ramai. Jadi, korang buat ler kalau sudi dan ada kelapangan masa.

19 comments:

mak encik | SZ said...

macam banyak yang sedih2 je...
ehehe...
semoga 1432H/2011M bakal memberi lebih cahaya kegembiraan & kejayaan... :)

Ayuni said...

hikhik, semoga tahun br nie dpt jumpe jodoh.....ustazah kt unisza byk...

KakD said...

sabar la yea, saye doakan tahun depan membawa sinar baru bagi awak yea :)

Hamizi Azizan said...

arrr.. xda apa nak disharekan.. banyak sangat

http://contengcorner.blogspot.com/2010/12/blog-baru-pengunjung-alhamdulillah.html

Siti Safiyyah said...

takpe, kuatkan semangat bro..biar muke jambu asal jiwa kental..hahaa peribahasa baru arini.. :P

Unknown said...

sz|m.s.s - lumrah hidup, tak semuanya indah belaka. semoga tahun depan lebih baik dari tahun sebelumnya

Ayuni - usazah? malu ah nak tackle ustazah ni. siapalah saya yag serba kekurangan ni...^^

Unknown said...

MAPPIAU - terima kasih kak..^^

MiZi - ekekeke... :)

Siti Safiyyah - muka ku bukan jambu tapi macam rojak buah..hahaha

♥cikmOt♥ said...

eh awalnya buat pergulungan...
saya punya entry sal tahun 2010 ni akan kuar hari jumaat depan..sempena last day di tahun 2010...owhh sedihnya....

Unknown said...

takut tak teringat nanti.. sebab tu buat awal2.. ^^

Lydia Miza said...

moga thn depan impian akan terlaksana semuanya...saya hargai juga persahabatan alam maya antara kita..tq sentiasa bg sokongan pd blog saya.
dulu bab takleh tido mlm lah buat kita kenal rasanya masa bw larut malam..sagitarius boy..hehe

Unknown said...

aahh..betul apa yg puan sagittarius tulis tu. sis yg guna dulu perkataan sagittarius ni kan..ekekeke

gnesop said...

sop blom kersempatan nak buat review 2010 blog sop..
perlu buat analisis juga untuk penambah baikan,,,

cik maz said...

2010 pun banyak memberi pengajaran kepade maz..suka duka..bercampur2 sepanjang tahun..kalau ditulis, mau berjilid2..tapi semua tu adalah pengalaman, bak kate org, tiada guru sebaik pengalaman..tul x?? blog lame kena virus..sedih sangat3..ni kena mule balik dari awal..

didi lala said...

lol... baru perasan.. telur penyu menetas?? ahahaha..
btw.. gud bai 2010.. hee~~~

ezma said...

Semoga impian yang tak tercapai tahun ni akan tercapai tahun depan... ",)
Yang penting, NO STRESS... :)

suzieapai said...

huhuhu..dh nk msuk tahun 2011...

kiranye ni summary tuk 2010 ye..

dok apela, smga tahun dpn lebih baik dr tahun ni..

Unknown said...

Sop - review ini perlu untuk melihat apa kekurangan dan penambah baikan yang boleh dibuat

cik Maz - ohh mcm tu rupanya. sayang ekk blog tu terkubur mcm tu jer. semoga blog baru ini lebih mantap dan menarik^^

Unknown said...

dhilla nazli - tiap-tiap hari telur menetas selagi ada penyu sudi bertelur dipesisir pantai blog ini

Ezma FaSham - terima kasih.. semoga 2011 lebih baik dari tahun sebelumnya

SUZIE APAI - aah..mcm tu lah. byk lagi nak tulis tapi tak tahu nak start dari mana..

Anonymous said...

yg pahit pasti akan dpt kemanisannyer :)...sy pun tahun nie byk kesedihan tapi sy kn tempuhi dgn hati yg tabah utk mencari kemanisan :)

Semoga di tahun baru akan beroleh kemanisan hidup yea ;)