Tuesday, December 21, 2010

Suratan Atau Kebetulan


Semalam termenonton klip video ni kat youtube. Lama betul tak dengar lagu ni. Teringat masa sekolah dulu masa 1st time dengar lagu ni diputarkan kat radio. Berlari masuk dalam bilik sebab nak dengar lagu ni. Bila dah tahu tajuk lagu ni, terpacak pulak sebelah malamnya sebab nak record lagu ni. Dah dapat record, play acap kali sampai boleh hafal liriknya. Ahakss!!!

Lagu ni sinonim sangat dengan segmen 'Jejak Kasih' yang popular satu masa dulu. Korang mesti ingatkan segmen ni kat rancangan MHI dulu. Alaa...segmen yang mempertemukan insan yang terpisah. Masa tu memang femes habis pengacara rancangan ni. Siap ada gelaran lagi. Tapi yang paling femes adalah Mat Cermin, si Aziz Desa.

Apesal ekk lirik lagu ni terasa macam betul2 terkena atas batang hidung aku. Suratan atau kebetulan. Dulu selalu bayangkan suasana kalau2 suatu hari nanti apa yang tertulis dalam lirik lagu ni terjadi dalam hidup aku, sekarang apa yang aku cuba bayangkan dulu dah betul-betul terjadi dalam hidup yang nyata. Kita sering terpaksa membuat pilihan. Tapi bukan selalu kita membuat pilihan yang tepat. Mungkin elok pada fikiran kita tapi buruk pada fikiran orang lain.

Banyak betul dugaan dalam hidup ni. Hanya yang tabah dan berpegang teguh pada ajaran agama mampu melaui dugaan ini dengan jayanya. Kalau korang pun suka lagu ni, silalah dengar. Lagu lama memang sedap didengar. Walau dimamah usia tapi sampai bila2 pun tetap evergreen

24 comments:

Rozuan Ismail said...

best gila lagu ni..layan kot..evergreen

gadisBunga said...

my faveret. lirik dia macam terkena sebijik tepat kat batang hidung ni!

Eiymah Fahimah said...

Sayapun sangat sukakn lagu ni!

fatin said...

best3..skali skala layan lagu2 lama..hanyut dibuai perasaan..cewah!..haha

Ayuni said...

hm, mmg kdng2 kne memilih tp klau bleh smua hati nk jg....

Fitrah Adnan said...

setuju dgn anda...lagu lama sedap didengar..even teenagers mcm saya..rmi yg gemar..hahaha..

ciK mOt ©™ said...

hurmm...lagu ni memang femes...sangat terkesan dalam hati saya suatu ketika dahulu...arghh..rindu kat ex ex ex ex dahulu...

harap2 en somi tak baca sampai ke pagi hang ni bro...hhahah...giler :P

kella said...

wah.. dah tukar gambar header.. segak bergaya.. :)

memang suka gak dengan lagu nih.. layan je..

Mata Hati said...

Rozuan Ismail - evergreen sampai bila2

gadisBunga - my peberet too...

Eiymah Fahimah - :)

fatin - hehehe...

Mata Hati said...

Ayuni - selalu harapkan tak perlu membuat pilihan tapi memang x boleh lari dari semua ni

Fitrah Adnan - lagu sekarang ntah hapa2 ntah.. dengar 2-3x dah rasa boring. lagu lama dengar selalu pun tetap best

Mata Hati said...

cik Mot - dasat dasat...berapa ramai ex tu..huhu.. sungguh tidak ku sangka, permata menjadi kaca..hahahaha

kella - ahh..dah boring nanti tukar yg lain pulak..hehe

AdiaLuze said...

Bermakna btol n3 ni...cam ada bait2 kecewa je...hehehe...apapun, jgn lupa untuk SENYUM...sbb ianye pengubat duka.. ;)

kakyong said...

lagu ni time zaman kakyong sekolah rendah lagi.. KRM memang femes la... tahun 80'an dulu..

Anne said...

mmg best lagu ni:)

nurHeart said...

suka dgr lgu ni dr dulu, meaningful lyrics.. klu x silap ada version bru dr KRU (ampun la klu silap hehee..) tp version yg asal jgk yg sedap didengar, my favourite song, always be..

ibuayahdamia said...

PERGHH..lagu lama2 memang best..mengamit nostalgia..

Mujahadah said...

retro style... even masih muda *tettt*... rasa sangat suka lagu2 retri mcm nie....:) erk... ada isi tersiratkah? ngeee

Mata Hati said...

Adialuze - senyum seindah suria, yg membawa cahaya, senyuman dari hati, dunia pun berseri..hehe

kakyong - masa tahu siapa penyanyi lagu ni, tak sangak mereka bukan melayu tapi alunan suar cukup best

Mata Hati said...

Anne -yup..ramai yg sukakan lagu ni

nurHeart - juga meninggalkan dlm hatiku..^^

ibuayahdamia - sebati dgn jiwa generasi yg lahir pada tahun 80an

Mata Hati said...

Mujahadah - tua atau muda, ramai yg suka lagu ni. lirik lagu cukup meninggalkan kesan.

yg tersirat, biarkan terus tersirat^^

keluarga Azhar said...

Nice blog .follow u =.=

(Npost:dpt beli D90 dgn rm 37)

Mata Hati said...

ok ok...nanti i follow tu

Iena farina said...

i like this song coz' ada terkena skt dgn khdpn ku...hehehe jiwang jap...lama tak layan jiwang2 nie :)

Mata Hati said...

jiwang sikit2 jer.. kan kalau terlebih jiwang, tak jadi buat keja lah jawabnya^^