Sunyinya malam ini
Tiada bulan tiada bintang
Hanyalah kedengaran
Ombak dipantai
Hatiku tersusuk sayu dan pilu
Mengenangkan nasib diri dirantauan
Pernah dengar lagu itu? Lagu lama sekitar tahun 80an dulu... Serupa dengan lirik lagu tu, semakin hari semakin kesunyian. Rasa sunyi ini hanya datang pada waktu malam bila semua orang dah terlena diulit mimpi. Setiap malam blur jer kepala ni, tak tahu apa nak dibuat. Nak tidur mata tak mengantuk. Nak keluar jalan-jalan tak tahu apa nak dilihat. Sometimes pergi lepak kat KFC tepi pantai sorang2. Sambil ngapp burger, sambil mengelamun ntah ke mana.
Bila sunyi macam ni, banyak teringat kenangan lama. Bila buka balik album, terasa indu bila lihat gambar kawan2 lama. Teringat kenangan masa dalam 1 team dulu. Happy jer masa tu.. Bila selak lagi, nampak pulak gambar atuk. Rindu kat atuk yang banyak ajar aku pasal agama semasa hayatnya. Selak lagi, ada pulak gambar kawan2 sekelas. Kat mana korang sekarang ni ekk.. Mesti semuanya dah berjaya dalam kerjaya. Dan selak lagi, nampak gambar kekasih hati. Lagi lah buat aku rasa sunyi bila dia dah tiada.
Malas nak layan lama2 rasa sunyi ni. Baik pi bilik air ambil wuduk. Kemudian kerjakan solat sunat. Tadahkan tangan kepada Tuhan memohon agar dihantar pulang kesunyian ini. Aku tak nak selamanya terbelenggu dengan perasaan sunyi. Aku hiburkan hati ini dengan membaca al-quran. Hidup kena teruskan walaupun keseorangan.. Never say goodbye selagi hayat dikandung badan. Masih banyak lagi tugas yang harus dikerjakan sebagai seorang hamba kepada Tuhan Yang Maha Esa.
Korang dah lakukan Solat Tasbih? Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih disyorkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup. Buatlah walaupun cuma sekali dalam seumur hidup. Tak susah mana pun. Kalau kita boleh terpacak depan TV berjam-jam lamanya menonton rancangan kesukaan, kenapa tidak kita terpacak sekejap atas sejadah menghadap Tuhan dengan mengerjakan Solat Tasbih.
19 comments:
KFC tepi pantai??kat mana tuh?
sedih lah plak...... (-_-)
when you talk to God, you'll never feel empty. insyaAllah. :)
gi kfc pantai batu buruk ek?
Sunyi ker? hurmsss kt sini tgh bunyi washing machine memutar bj..then TV tgh tgk dirinya sendiri..hahaha..
Betui tue..time sunyi mmg syok flashback kenangan..:D
mmg sunyi..wuu
Rozuan Ismail - k. terengganu
azwa amani - mana ada sedih2.. happy sokmo
gadisBunga - u right
Ayuni - ahh..kat situ jer kfc tepi pantai dlm trg ni
Gieyana - kat sini washing machine tak berputar sbb tak der pakaian nak dibasuh :)
NOOR FATIN - :)
kat sini tak sempat sunyi...
meh datang sini entertaint anakandaku3 ni..heeee
malam jer rasa mcm ni. time siang, tak menang tangan layan sepupu2 yg kecik tu
blog awak dah masuk dalam bloglist sy k~~ xpayah nak segan2. hik3!
hikhik, ske dtg c2 ms jg kwn kt spitall dlu....
best kan tgh2 sunyi tgk album lama, teringat zaman muda mudi dulu,ngehngeh.
NOOR FATIN - oh, ye ker.. :)
Ayuni - tapi kalau malam minggu tak suka pergi situ sebab org ramai sgt
fasha - itu jer memori yg tertinggal
betol tuh.. ramai yg tinggalkn solat tasbih sbb xmampu nk diri lama2.. tp, eloklah tuanikn solat tu w/pon sekali seumur idop.. sape yg mampu tunaikn solat tuh, insy-Allah, dia akn jd seorg yg kuat.. ^_^
Salam
Malam yg sunyi buat kita terkenang pd kisah dan kem=nangan lama,ingat kekasih lama juga?hurmmm
NuSaNa NoSa 91 - solat tasbih terlalu mudah untuk didirikan tapi ramai yg tak sanggup melakukannya
sis LM - kekasih dah pergi selamanya. terpisah antara 2 alam
betul tu rata2 jarang nak lakukan solat2 sunat nie..alasan sunat katakan...sunyi..iyer sunyi... ada hikmat kesunyian tu :)
yang sunat ini banyak kelebihan tersembunyi yang kita tak tahu
Post a Comment