Monday, December 06, 2010

Awal Muharam 1432H

Assalamualaikum..esok kita akan menyambut Awal Muharam 1432H. Begitu cepat tahun islam berlalu, dah masuk ke tahun baru. Ramai dikalangan kita tidak pernah amik kisah kedatangan Awal Muharam ini yang juga dikenali sebagai Awal Tahun Hijrah. Dalam bulan Muharam ni terjadinya peristiwa besar penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan umatnya dari Mekah ke Madinah untuk menegakkan agama islam tercinta. Khalifah Umar Al-Khattab telah menetapkan 1 Muharam sebagai hari pertama bagi setiap tahun baru dalam kalendar Hijriah. Jadikan tahun baru ini sebagai titik tolak perubahan dalam hidup kita ke menuju arah kebaikan. Berhijrah ke jalan yang dituntut oleh agama islam yang suci.

Dan dalam menanti kedatangan Awal Muharam, marilah kita sama-sama membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Doa akhir tahun dibaca pada penghujung waktu asar, sebelum masuk waktu maghrib. Barangsiap yang membawa doa akhir tahun ini, maka berkatalah syaitan, "Hampalah kami disepanjang tahun ini"

Doa awal tahun pula dibaca selepas solat maghrib. Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, dirinya akan terpelihara dari gangguan dan godaan syaitan disepanjang tahun itu..Insyaallah


Nota: Esok, tuan blog akan bercuti dari menghadap blog. Insyaallah kalau masih dipanjangkan nyawa, kita bertemu lagi pada 2 Muharam 1432H. Selamat menyambut Awal Muharam kawan-kawanku

12 comments:

kella said...

Salam maal hijrah...
semoga hijrah kali ini memberikan sinar baru..
InsyaAllah.. :)

Unknown said...

mengharapkan sinar baru datang menerangi hidup yg gelap ini :)

Anonymous said...

Salam Maal Hijrah..Semoga kita semua menghayatinya sebaik mungkin... Insya Allah setiap manusia pasti mahukan perubahan...termasuk diri ini..Doa nie bagus utk kita sebenarnya...Cuma kita alpa...terlalu masyuk dgn duniawi termasuk diriku.. :)

mak encik | SZ said...

salam maalhijrah... :)

LYaFRINA said...

SALAM MAAL HIJRAH...
SEMOGA KITA DAPAT BERHIJRAH KE ARAH Y LEBIH BAIK & POSITIF.. AMIN..

SAYA PON CUTI ESOK :- )

kinn said...

insyaAllah..salam maal hijrah mata hati. :)

Siti Safiyyah said...

selamat menyambut maal hijrah.. :)

Hanys Najib said...

pejam celik, pejam celik,
dahhh setahun..rs cepat sgt ms berlalu, umur pon makin meningkat,
harap kisah akan datang lbh baik dr kisah semalam..
;)

deqlis said...

Salam Maal Hijrah dari akak juga..
Akak pun sama ya..jika ada salah apa2 ker dengan rendah hati mohon dimaafkan segala silap & salah..

Moga 1432H membawa penghijrahan ke arah lebih kecemerlangan dan rahmat keberkatanNya buat kita semua.Amin.

Ayu Zarina said...

salam maal hijrah..

selamat bercuti kepada yg bercuti esok..

kami tetap keje macam biasa..huhu

nadia comaneci said...

salam tahun baru.. :)

Unknown said...

salam maal hijrah kepada anda semua :)