Sunday, December 12, 2010

Ada Apa Dengan Follower

Jeling menjeling kat sebelah kanan tu, dah ada 835 follower. Tak perasan pulak dah bertambah sebanyak tu. Check satu persatu follower ni, kesimpulannya perempuan mendominasi. Tak kisahlah lelaki atau perempuan asalkan sudi mengfollow. Lagi pun ramai dikalangan blogger ni perempuan.

Aku cukup berterima kasih kepada follower ni sebab sudi singgah di blog ini walaupun cuma sekali jer. At least kunjungan korang dan cukup menyerikan blog terpencil ini. Tapi ramai follower bertindak menyorokkan link blog masing-masing. Tak tahu lah samada follower ni perasan atau tidak tapi bila tak der link blog, macam mana aku nak follow balik. Terpaksa mintak bantuan pakcik google dengan menaip nickname follower. Kalau bernasib baik, bertemulah blog empunya diri. Kalau tak, bertepuk sebelah tangan jer lah.

Aku perhatikan ramai blogger berlumba-lumba untuk menambahkan bilangan follower sebanyak mungkin. Ada yang 2-3x bertanya kat shoutbox samada aku dah follow dia balik atau tak. Ish!! tak elok macam tu. Dah seperti terpaksa mengfollow pulak. Jangan teruskan macam ni. Biarlah blogger menjadi folower dengan rela hati, bukan rela terpaksa.

Kenapa ek nak himpun ramai follower? Ada apa dengan follower? Janganlah mencongak bila dah ada ramai follower, semuanya akan datang jenguk blog kita setiap hari. Kalau ada 100 follower pun, tak sampai separuh yang datang menziarah sekurang-kurangnya seminggu sekali. Ramai yang datang cuma sekali jer then terus menyepi. So, untuk menaikkan trafik..buatlah seberapa banyak entry dalam sehari. Baru lah ramai yang datang menjenguk. Satu lagi kenalah rajin jenguk blog orang lain dan tingalkan sepatah 2 kata. Kalau follower seribu pun tapi jarang2 sekali update blog, saper lah yang nak datang setiap hari baca entry lama.

Nota: Aku pun tak sempat nak lawat semua follower dan rakan blog. Kena buat giliran blog mana yg akan dilawati hari ini dan hari esok. Amik masa sampai seminggu lebih utk lengkapkan satu pusingan

30 comments:

Ayuni said...

hikhik, xpe ker sye jd follower yg ske mengomen kt cni?

Bee said...

haha setuju....bee suka melawat n baca entry

Unknown said...

alhamdulilah .. ni bermakna blog mata hati sentiasa ada cerita panas dan cerita yang boleh di kongsi bersama .. nice blog ..

Unknown said...

Ayuni - x per..boleh jer sebab saya suka mendengar bebelan anda..i like it.. huhuhu

honevysbee - seronok baca entry orang. banyak info boleh kita dapat.. :)

azrinrahim - tak der lah cerita panas. semuanya sejuk2 jer.. hehehe

♥cikmOt♥ said...

tul tu, akak pun tak suka yang tinggal kan mesej kat kotak jerit kata saya dah polo, polo saya balik...perghhh...mak tak suka kena paksa tau...hehehe...

tapi kan, kalu yang follow tak tinggalkan link blog, mungkin mereka itu takde blog, tapi hanya ada profiles jek...
tapi kalu yang ada blog, bila kita p kat muka dia, klik situ tapi link takde, ada kuar follow jugak...so follow jelah...

ha, saya dah bolo fairul ni...
dah follow akak balik ke lum...
hahaha...giler paksa soklan...

pis no war dik fairul... :p

Gieyana said...

6 ekor penyu menetas kt sini...hehehehe

betui2 sgt sokong skali...kalau follower byk pon x semua follower tue yg terjah blog kita kan..dan semestinya byk perempuan yg mendominasi...myb kt opis leh on9 kot..ngeee

Hanys Najib said...

pernah kena paksa follow 1 blog ni.. sampai kat fb pon she kept asking dah follow blom, penyudahnya, hanys follow je lah..penat asyik kena lyan soalan tu..huhu.. :)
kesimpylannya, tlg lah jgn paksa.. terseksa lah..hehe

Thomas Lee/Lee Lip Pang said...

singgah tenguk org kita follower ramai,kadang2 follower ni tak pernah menjenguk pun,kalau blogwalk pun pakai auto,tak pernah baca post org.

soffea said...

hehe. betul. kadang2 ade yg smpai paksa follow. tu yg tak best kan :)


salam ziarah sini :)

Unknown said...

cik Mot - saya dah lama mengfollow cik Mot. sebelum blog tercipta lagi saya dah follow. jangan pandang belakang...hehehe

Gieyana - biar pun sikit tapi setia menziarahi setiap masa :)

h A n Y S - actually tak patut lah mcm tu. itu dah dikira memaksa. :(

Unknown said...

thomas - oh yer..sekarang ni ramai yg menggunakan sistem 1 hala. tak buat lawatan pun, cuma tekan kat auto shout out jer.. what to do, lain orang lain caranya

soffea - say NO to paksaan :0

Nik Iman said...

huhu... sy pny follower xde la ramai sngt kan.tp ade la sorang budak pompuan nie.dy follow sy,sy mmg nk follow dy blek tp dy xtnggalkan link n ble sy tekan kat gmba dy tuh dy xletak link dy.so cmne sy nk follow kan?dah lamaaaaa tuh,sy tngk gmba dy da xde dah.hahakk...mgkin dy dah xfollow sy lg kot sbb sy xfollow dy blek.hehehekk

Ayu Zarina said...

wahhh banyak tu follower...tapi kadang2 follower ni tak ikhals nak berkawan...follow sebab nak kita follow blog dia balik...ader apa lah sangat kan...

kinn said...

tahniah der.moga terus sukses dalam berblogging.hehe :)
bdw, nice header! :)

Lia3003 said...

saya pun sama, follower dalam 500+ je, tapi yang baca x sampai 20 pun sehari.. hehe, punca saya jrg update blog.. tapi kan, masalahnya... follower ni dia akan tengok tau, bila kita tak follow dia balik, dia akan stop following.. selalu saya perhatikan.. kadang2 saya biarkan, nak tengok apa yang berlaku, tup tup tengok, dia stop.Hehe, tap sy x marah pun

cuma, saya menghargai follower saya dengan meletakkan link mereka di blog exchange link.. tu cara saya lah.. =)

gnesop said...

follower mmg x der kesan apa2 dari segi SEO..
tp mungkin boleh nampak gah bg blogger..
sop followe senang nak jenguk2 list topik2 yg best kat dashboard.. :)

CIKGU NAMAN said...

sekarang bloggers terlalu ramai..mustahillah nak lawat semua kan w/p kita follow blog diorang?hehe

.::: Princess MOMOY :::. said...

betul tu...kadang-kadang momoy pun frust biler follower xde link. susah nak jejak balik. huhu...
Jangan lupa VOTE Momoy di BBPM No. 382 !!

Miera Hassan said...

betul..banyak follower pun, lum tntu dier baca entry kite..

Cikgu Echa said...

wahhh touchink noo...heee~~ so far thanks sudi jg echa pnya followers yap.. rajin2 laa view my blOg.. by da way.. nice meet u dear..

Unknown said...

NiK iMaN - cuba taip nickname dia kat google.. kalau nasib baik jumpalah blog dia tu.. :)

ibuayahdamia - tu lah..ramai yg macam tu. apalah sangat follower yg ramai ni kalau yg sudi melawat blog cuma sekarat dua jer

kinN - thanks... header tu sementara jer. next header esok sempena hari yg berbahagia

Unknown said...

Lia3003 - macam2 ragam blogger ni. tapi jenis mcm tu jgn lah amik kisah sbb dekat blog dia nanti pun org lain akan buat mcm tu jugak.. :)

Sop - betul betul..follower tu hanya utk menambahkan seri blog. lagi ramai follower lagi gah bloh kita kelihatan. tapi saya tak kisah semua ni..

Unknown said...

n@m@n - betul betul, nak lawat semua, seminggu pun tak sempat. masa utk berblogging terhad jer

Princess MOMOY - nanti saya vote cik momoy. pls remind me bila hari mengundi dibuka yer.. :)

cik miera - pembaca tetap mmg tak ramai walaupun follower ramai. whatever, terima kasih kpd follower ni walaupun cuma sekali jer jejak kat blog kita..

Unknown said...

Cikgu Echa - sure sure... arigato sbb sudi singgah :)

deqlis said...

salam,,

akak deqlis dtg singgah nie..
terima kasih pada Mata Hati nie kerana dia follor blog akak dulu ...

pastu suka komen2x... pastu kaak pun suka blog dia nie,,

so akak pun follow..
:-)

oklah sebab akak suka kan blog nie, akak nk kasi award...

jom terjah ya ^___^

azwa amani said...

macam mana amani boleh terfollow blog ni ek...........nak flashback kejap; :P

Unknown said...

deqlis - thanks... nanti saya pi amik award tu

amani - saya pun tak tahu mcm mana boleh terjumpa blog adik amani..hahaha :P

Cik TeN10 said...

a'ah..ade stgah tu die stg jenguk belog..then tggalkan jejak kt shoutbox..

"follow you..follow me back.."

macam dh terdesak sgt je nk suruh org follow die..huhu

Anonymous said...

mummy setuju tuh mata ati oii.memang lah nak maintain membaca tu payah.just followjer tapi ilang pastu..sb tuh biar org follow ngan ikhlas.takpe taknak followpun janji singgah baca entrike ape.mmg byk entri2 yang berinfomasi kat luar nuh

Unknown said...

fatin - yang ni memang tiap2 hari ada keluar kat shoutbox saya. tapi layanlah jugak sbg tanda terima kasih sbb dia sudi singgah kat blog ni..

WNHAH - itu yang paling elok. bila follow dengan kemahuan sendiri, lain kali mesti follower ni akan datang balik biarpun cuma seminggu sekali.