Saturday, December 25, 2010

Laman mencari Jodoh

Pernah melawat laman mencari jodoh? Setiap hari aku menerima beberapa email dari laman pencari jodoh. Setiap email akan disertakan sekali 3-4 calon pilihan beserta gambarnya sekali. Sekali tengok meleleh darah kat hidung aku. Semuanya comel-comel belaka. Purata umur calon-calon pilihan ni adalah sekitar 25-34 tahun. Ada yang masih dara, ada yang sudah menjanda.

Aku dah acap kali melihat senarai peserta yang mendaftar dalam laman mencari jodoh ni. Hampir 75% darinya adalah perempuan. Gawat sangat ke keadaan sekarang ni sehinggakan terpaksa menggunakan khidmat laman mencari jodoh. Sudah semakin pupuskah jejaka-jejaka diluar sana. Kalangan yang mendaftar ni bukanlah sembarangan kerjaya. Paling ramai adalah dari golongan pendidik dan pekerja sektor awam.

Kewujudan laman mencari jodoh ini sebenarnya satu langkah yang agak baik tapi bukan semua yang mendaftar disitu benar-benar mahu mencari jodoh. Ada yang sekadar suka-suka, ada yang menyamar...meletakkan gambar orang lain sebagai penganti diri. Jadi hati-hatilah lebih lagi kepada perempuan yang sedang mencari jodoh ni. Bimbang nanti menjadi mangsa penipuan.

Lagi pun kat internet ni bukan boleh percaya sangat apa yang dilihat. Aku pun boleh menyamar dengan menampal gambar orang lain yang 1000x hensem dari aku. Hati mana yang tak cair kalau terpandang gambar jejaka hensem ni. Dalam kepala sure dah berangan, 'alangkah beruntungnya kalau dapat bersuamikan jejaka idaman ini.' Tapi tuan sebenarnya tak lah sehensem itu, kerja pun tiada. Err...tidak merujuk kepada aku ekk. Orang lain tu..

Sebaiknya, janganlah guna khidmat laman mencari jodoh ni. Kalau dah tak tertahan nak kahwin, boleh jer pergi meminang mana-mana jejaka yang berkenan dihati. Apa salahnya kalau perigi pula yang mencari timba...kekeke

13 comments:

Zeanne said...

cari jodoh sendiri la..
tak pun minta mak ayah carikkan lagi baik..haha

Artzlizan said...

hehe...jodoh di alam maya...semua nampak manis...yang pahit tersorok...

Lydia Miza said...

hishh kena kenal hati budi la..tak leh caya klu ikut agen ni..huhu

Ayuni said...

hm, sye prfer kwn dlu br couple, br tau org tu camne...ske minat diam2...

perjalanan pulang said...

nak cari jodoh selanjutnya.... calon calonnya adalah................

♥cikmOt♥ said...

pandai laman tu cari pelanggn...memang kena sangat la...hahaha...singgah tengahari bro...eh petang la... :P

Cik TeN10 said...

hhaha..macam2 skang ni kan..

Unknown said...

aNnE - betul betul betul

princeduyong - banyak misteri dari kebenaran

sis LM - setuju dengan kata2 sis. agen ni cuma nak kaut untung jer.

Ayuni - psstt...dah terjumpa dgn org yg diminati? ekekeke

Unknown said...

Panglima Muda - siapakah gerangan calon tiu? ^^

cik Mot - biasalah tu.. yang penting bila ahli mendaftar guna pakej berbayar, duit mcm air mengalir masuk ke poket agen

Unknown said...

cik TeN10 - apa saja boleh terjadi dgn kemahuan hati

Anonymous said...

Salam

Setuju.
Saya juga kurang setuju mencari jodoh menggunakan laman sesawang ni. Lebih banyak buruk dari baiknya. Contoh selalu depan mata tapi entahlah, perlu fahami juga mengapa mereka tetap mencuba.

Anonymous said...

saya tak berapa suka dgn cara begini sbb byk negatifnyer..pd sy biarlah dgn berdoa jodoh itu dtg.... :)

alexayussida said...

daftar aje kat baitul muslim:D