Aku telah di tag oleh encik Hasrul Hassan untuk menyertai Contest Kesayanganku anjuran Kina. Contest kali ni lebih kepada penceritaan mengenai benda kesayangan. Ok, aku nak join suka-suka jer sebab bukan pandai sangat bercerita ni. Kalau merapu meraban boleh lah. Dah dekat expired date baru aku nak join...hehehe. Sebelum tu disyaratkan tag seseorang untuk join sama contest ni. Jadi aku pilih adik Siti Safiyyah untuk misi membalas tag... Huhuhu
Aku ada banyak barang kesayangan. Dalam almari kaca tu penuh dengan koleksi barang-barang kesayangan aku. Sekali tengok tak ubah macam bahan pameran kat kedai cenderamata. Antara barang-barang di situ, yang paling aku sayang adalah seutas jam tangan.
Jam tangan ni dah tak bernyawa. Setelah setia berkhidmat untuk aku selama 2 tahun akhirnya jarum jam berhenti berdetik setelah kehabisan bateri. Kalau tukar bateri baru mungkin jarum tu akan berdetik kembali tapi aku lebih suka biarkan segala-galanya dalam keadaan asal. Seperti mana waktu pertama kali aku menerimanya.
Kenapa aku sayang sangat jam tangan ni? Sebab ini jer satu-satunya hadiah dari ex-girlfren sempena birthday aku. Sebenarnya jam ni sepasang. So.. dia pakai satu, aku pakai satu. Jam tangan ni murah jer tapi kerana ianya adalah sebuah pemberian, nilainya tidak terhintung dengan duit. Jam tangan ni bukan sekadar menunjukkan waktu semasa, tapi jugak menunjukkan waktu silam. Setiap kali terpandang jam tangan ni, mesti akan teringat balik kenangan lama.
Sesekali bila dah nampak kusam, aku akan kilatkan balik supaya nampak sentiasa baru. Walaupun pun aku ada beberapa jam tangan lain yang berkali ganda mahalnya ini tapi yang ini paling istimewa. Sampai bila-bila pun inilah antara barang yang paling aku sayang.
Sekiranya barang itu adalah hadiah dari orang yang kita sayang tak kiralah dari keluarga ataupun pasangan, apa saja bentuk barang pemberiannya akan menjadi terlalu berharga buat kita. Menyayangi barang itu bererti kita menghargai pemberiannya.
15 comments:
tak kira la mahal atau murah,yg penting kita appreciate bnda tu...^^
pandai..boleh kasi A+ hehehe
ni memang sayang giler2 nie...
gud luck
jam tangan memang ada sentimental value la...sebab tu boleh jadi kesayangan kan...
nilai sesuatu brang bukan terletak pada brand ataupun harganya
tetapi lebih dari itu kan?
pemberian yg bermakna walaupun murah dan biasa, nilainya lbh berharga
haha jiwang jugak rupenye..bagus2, nanti ADIK siti buat entry pasal ni k? :P
so..kesimpulannya..
encik mata hati ni still syg ngan ex awek tu kn
n masih mgharap maybe?
hehe
p.s;org mau join kontest jg!!
wahhh..cam best jer contest nii :)
sedih je kina baca..post da cukup syarat semua..goodluck ye encik mata hati..;)
salam,
bagus.... sbb anda menghargai pemberian org...
sayang sesuatu barang tu kadang2 mcm nyawa sendiri kan...? huhu
MaWaDDaH - barang kesayangan..hehe
kak Lynn - yup..betul tu
penaberkala - mahal atau murah, tetap rasa berharga kalau ianaya adalah pemberian
Siti - cepat, tak sabar nak baca
Miss lemon - jemputlah join
amani - nak tag amani tapi takut2 ganggu tumpuan amani pada exam. so, ada masa join lah sekali
Kina - mekacih penganjur
My Little Diary - tapi lebih sayangkan nyawa...hehe
mau join jugak lah contest nih,,kena susun jadual nih..
Latest Entri :
Senyum Itu Sedekah
Bila Si Dia Bertanya
jemput join
yup.. faham2... cmnepn hidup musti terus & knangan yg ada insyaallah akan mematangkan hidup, kan? neway, gudluck n all d best!
Post a Comment