Friday, December 03, 2010

Contest Kesayanganku


Aku telah di tag oleh encik Hasrul Hassan untuk menyertai Contest Kesayanganku anjuran Kina. Contest kali ni lebih kepada penceritaan mengenai benda kesayangan. Ok, aku nak join suka-suka jer sebab bukan pandai sangat bercerita ni. Kalau merapu meraban boleh lah. Dah dekat expired date baru aku nak join...hehehe. Sebelum tu disyaratkan tag seseorang untuk join sama contest ni. Jadi aku pilih adik Siti Safiyyah untuk misi membalas tag... Huhuhu

Aku ada banyak barang kesayangan. Dalam almari kaca tu penuh dengan koleksi barang-barang kesayangan aku. Sekali tengok tak ubah macam bahan pameran kat kedai cenderamata. Antara barang-barang di situ, yang paling aku sayang adalah seutas jam tangan.




Jam tangan ni dah tak bernyawa. Setelah setia berkhidmat untuk aku selama 2 tahun akhirnya jarum jam berhenti berdetik setelah kehabisan bateri. Kalau tukar bateri baru mungkin jarum tu akan berdetik kembali tapi aku lebih suka biarkan segala-galanya dalam keadaan asal. Seperti mana waktu pertama kali aku menerimanya.

Kenapa aku sayang sangat jam tangan ni? Sebab ini jer satu-satunya hadiah dari ex-girlfren sempena birthday aku. Sebenarnya jam ni sepasang. So.. dia pakai satu, aku pakai satu. Jam tangan ni murah jer tapi kerana ianya adalah sebuah pemberian, nilainya tidak terhintung dengan duit. Jam tangan ni bukan sekadar menunjukkan waktu semasa, tapi jugak menunjukkan waktu silam. Setiap kali terpandang jam tangan ni, mesti akan teringat balik kenangan lama.

Sesekali bila dah nampak kusam, aku akan kilatkan balik supaya nampak sentiasa baru. Walaupun pun aku ada beberapa jam tangan lain yang berkali ganda mahalnya ini tapi yang ini paling istimewa. Sampai bila-bila pun inilah antara barang yang paling aku sayang.

Sekiranya barang itu adalah hadiah dari orang yang kita sayang tak kiralah dari keluarga ataupun pasangan, apa saja bentuk barang pemberiannya akan menjadi terlalu berharga buat kita. Menyayangi barang itu bererti kita menghargai pemberiannya.

15 comments:

alexayussida said...

tak kira la mahal atau murah,yg penting kita appreciate bnda tu...^^

Unknown said...

pandai..boleh kasi A+ hehehe

M a W a D D a H said...

ni memang sayang giler2 nie...

gud luck

LyNn HaMzAh said...

jam tangan memang ada sentimental value la...sebab tu boleh jadi kesayangan kan...

penaberkala said...

nilai sesuatu brang bukan terletak pada brand ataupun harganya
tetapi lebih dari itu kan?
pemberian yg bermakna walaupun murah dan biasa, nilainya lbh berharga

Siti Safiyyah said...

haha jiwang jugak rupenye..bagus2, nanti ADIK siti buat entry pasal ni k? :P

Miss Lemon said...

so..kesimpulannya..
encik mata hati ni still syg ngan ex awek tu kn
n masih mgharap maybe?
hehe

p.s;org mau join kontest jg!!

azwa amani said...

wahhh..cam best jer contest nii :)

Shakina Farhan said...

sedih je kina baca..post da cukup syarat semua..goodluck ye encik mata hati..;)

My Little Diary said...

salam,
bagus.... sbb anda menghargai pemberian org...
sayang sesuatu barang tu kadang2 mcm nyawa sendiri kan...? huhu

Unknown said...

MaWaDDaH - barang kesayangan..hehe

kak Lynn - yup..betul tu

penaberkala - mahal atau murah, tetap rasa berharga kalau ianaya adalah pemberian

Siti - cepat, tak sabar nak baca

Unknown said...

Miss lemon - jemputlah join

amani - nak tag amani tapi takut2 ganggu tumpuan amani pada exam. so, ada masa join lah sekali

Kina - mekacih penganjur

My Little Diary - tapi lebih sayangkan nyawa...hehe

eiela said...

mau join jugak lah contest nih,,kena susun jadual nih..

Latest Entri :
Senyum Itu Sedekah
Bila Si Dia Bertanya

Unknown said...

jemput join

.: an :. said...

yup.. faham2... cmnepn hidup musti terus & knangan yg ada insyaallah akan mematangkan hidup, kan? neway, gudluck n all d best!